Jari kecut kena air, Jebat Jayden ‘stress’, mengadu tangan jadi ‘rosak’ – Lubuk Viral

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mencvri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengusik ini.

Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di Tiktok noorkartini66.

Berdasarkan video yang tular, Jebat Jayden dilihat ingin memberitahu tentang keadaan jari-jemarinya mengecut dipercayai lama berendam atau terkena air. Lebih melucukan apabila si kecil tersebut seterusnya men4ngis selain mengatakan jarinya itu telah pun rosak sambil ditunjukkan pada ibunya.

“Kesian Jayden ingat tangan dia rosak,” tulis noorkartini66 di ruangan kapsyen.

Video:

@noorkartini66 Kesian jayden ingat tangan dia rosak#fyp #fypシ ♬ original sound – Noor Kartini

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 2.6 juta tontonan, 270.2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan celoteh Jebat Jayden.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: tiktok noorkartini66