“senang diajak berbicara” Chef Wan Puji Sikap Suami Serina – Lubuk Viral

Personaliti masakan terkenal, Datuk Chef Wan tampil mendedahkan sikap suami anak perempuannya, Serina yang merupakan seorang pegawai polis selepas mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Chef Wan mendedahkan sikap menantunya itu yang senang diajak untuk berbicara dan bukan seorang yang sombong.

“Menantu kali ini tak ‘bangsat’ senang diajak berbicara. tidak sombong or as orang putih kata dick head”-Puji  Chef Wan

Tambahnya lagi, Chef Wan menceritakan bahawa dia memberikan sedikit wang buat Serina dan suami sebagai hadiah kecil serta mahu membelikan mereka sebuah sofa yang baharu buat mereka berdua.

“Mereka baru sahaja membeli rumah di Perlis dan kini sedang banyak diubahsuai. Saya memberikan mereka sedikit wang untuk untuk membantu dan mahu membelikan mereka sofa baharu.”-Chef Wan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)


Dipuji Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Chef Wan terhadap anak perempuan dan menantunya itu malah ada yang turut mendoakan agar perkahwinan Serina kali ini kekal sehingga akhir hayat.

“Chef Wan ni laser-laser pun kalau anak dia salah pun dia bantai kaw-kaw jugak. Teruskan perjuangan chef.”

“Mar4h mak bapak tapi membantu dan hulur tu bagus macam chef. Susah nak dapat bapa macamni.

“Suka tengok couple ni. Allah bless them more and more happiness till Jannah.”

“Kasih seorang bapa tiada sempadan. Semoga DCS dikurniakan lagi rezeki melimpah ruah.”

Terdahulu, nama Serina menjadi tumpuan selepas mengumumkan dirinya telah selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada seorang pegawai polis. Namun, hari bahagia bertukar sebaliknya apabila Chef Wan meluahkan rasa kec3wa apabila hanya mengetahui pengumuman pernikahan Serina daripada kakaknya, selain mendakwa pasangan itu bernikah di Thailand.

Walaubagaimanapun, Serina menafikan dakwaan dia telah bernikah di negara jiran dan menegaskan majlis itu diadakan di Perlis.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Murai my