“Bila tokram kata baju raya tahun ni 3 je” Alyah Kec3wa Tak Dapat 30 Pasang Baju Raya, Tok Ram Bagi 3 Je! – Lubuk Viral

Penyanyi popular Datin Alyah mencvri perhatian ramai menerusi video TikTok mengenai permintaannya untuk memiliki 30 pasang baju raya pada tahun ini.

Kredit foto: IG Alyah

Sayangnya, impian tersebut lebur kerana menurut Alyah, suami tercinta iaitu Datuk Ramli MS atau Tok Ram hanya membenarkan dia ada tiga pasang baju.

“Apabila Tok Ram kata baju raya tahun ini hanya tiga pasang dan saya pula sedaya upaya mengeluarkan air mata dengan ubat cecair mata,” kata pelantun lagu Kisah Hati itu.

@alyah81officialBila tokram kata baju raya tahun ni 3 je ??? and me be Like.??????Sedaya upaya keluarkan air mata pakai eyemo ?♬ Hati Yang Kau Sakiti – Rossa

Tetapi jangan risau, itu hanyalah gurauan daripada Alyah yang berjaya membuatkan ramai netizen terhibur dengan ‘drama’ air mata tersebut.

“Letak ubat mata sebab nak buat-buat sedihlah tu,” gurau netizen.

“Tolonglah Tok Ram benarkan Alyah ada 30 pasang baju. Penat dia buat air mata palsu,” usik netizen.

Komen : 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Tiktok alyah81official