“Wany Hasrita sampai keluar air mata” Abg Khir Rahman Punya Plot Twist Memang Pecah!- Lubuk Viral

Kuala Lumpur: Video penyanyi yang kini bergelar pengacara, Wany Hasrita tidak mampu menahan ketawa saat mengacara program Borak Dulu Baru Buka yang disiarkan di TV1 baru-baru ini tular di TikTok dan beberapa media sosial lain.

Dalam video yang mencecah hampir 900,000 tontonan di TikTok rasmi RTM itu, Wany dan rakan pengacara, Amin Idris tidak dapat menahan ketawa ketika seorang lagi pengacara, Khir Rahman mengendalikan segmen Satu Hari Satu Ayat.

“Kami dah bersiap sedia untuk tidak ketawa memandangkan segmen itu adalah segmen yang agak serius. Tapi, apabila Abang Khir tersasul dan tergelak sendiri, saya dah tak boleh tahan untuk ketawa.

“Lebih-lebih lagi, apabila saya mendengar suara Abang Amin mula terkekek-kekek. Mujurlah saya dapat kawal supaya tak ketawa keluar suara dan cuma ekspresi sahaja,” katanya kepada Harian Metro.

Khir pula berkata, sejak latihan dijalankan, sudah ada beberapa perkara yang mencuit hati, namun dia tidak menyangka ia akan berlaku ketika siaran langsung.

“Tujuannya, saya nak buat kejutan. Untuk segmen itu, saya kendalikan dahulu dan akan serahkan kepada Amin. Masalahnya, sejak latihan lagi, dah ada banyak benda mencuit hati.

“Mereka cuba menahan ketika siaran langsung dan menunggu untuk ‘meletup’ sahaja. Bila saya terbabas sedikit, saya dengar suara mereka ketawa, nampak pula jurukamera semua gelak, saya pun tak boleh tahan ketawa,” katanya.

Terdahulu, tular video yang memaparkan Wany dan Amin tidak mampu menahan ketawa sehingga Wany ‘menangis’ saat siaran langsung program itu.

Rata-rata netizan terhibur dan tergelak sama

Berikut Sedikti Info Dan Biodata Wany Hasrita

Nama penuh: Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah

Tarikh lahir: 25 Disember 1992

Umur: 25 tahun

Tempat lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur

Genre: Pop dan Balada

Pekerjaan: Penyanyi

Tahun aktif: 2016 sehingga kini

Syarikat rakaman: FMC Music

Single: Menahan Rindu (2016), Disana Cinta Disini Rindu (2017), Rintihan Rindu (2017) dan Ewah Ewah (2017)

Pencapaian: Menerima pencalonan bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 (ABPBH 3.0) bagi Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baharu Wanita Popular

Media sosial: Instagram @wanyhasrita, Twitter @shazwanyhasrita dan Facebook @wanyhasritaa

Wany Hasrita

Fakta menarik

1. Single pertamanya ialah Menahan Rindu dan lagu duet bersama Tajul (adik Achik Spin), iaitu Disana Cinta Disini Rindu. Single keduanya pula bertajuk Rintihan Rindu.

2. Berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan kini menetap di Shah Alam.

3. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perubatan di MSU Shah Alam.

4. Jumlah tontonan di YouTube bagi lagu Menahan Rindu adalah hampir 30 juta dan lagu Disana Cinta Disini Rindu pula adalah 12 juta.

kredit: hmetro

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/