Pakai Bandana Ganti Tudung, Netizen Beri Tegvran Ameera Khan On-Off Berhijab – “Hmm, Tak Faham.. Keliru”

Adik kepada selebriti Neelofa yang juga merupakan pempengaruh, Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya apabila mengenakan bandana sebagai pengganti hijab bagi menutup bahagian atas rambutnya.

Menerusi laman sosial Instagram, Ameera atau lebih mesra disapa sebagai Little Miss Khan (LMK) berkongsi foto tersebut bagi mempromosikan sebuah jenama mewah terkenal antarabangsa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Menerusi perkongsian itu lagi, Ameera yang selama ini berhijab hanya mengenakan bandana dan mempamerkan rambutnya yang panjang mengurai.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan teguran buat Ameera untuk istiqomah menutup aurat di bulan Ramadan ini, mengikut jejak langkah kakaknya.

Tidak kurang juga ada yang turut menyatakan rasa keliru dengan imej ‘on-off berhijab’ gadis berusia 22 tahun itu memandangkan dia sendiri mengesahkan dirinya sudah memakai tudung sekitar Mac tahun lalu.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 28,000 tanda suka daripada wargamaya.

Pada 26 Mac tahun lalu, Ameera tampil dengan imej berhijab penuh dan merasakan perubahannya itu lebih tenang dan sempurna.

Komen : 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*