“Semoga mendapat umrah yang Makbul” Zulin Aziz Dan Suami Berangkat Ke Tanah Suci Tunaikan Umrah. Rakan Artis & Peminat Titip Doa

Pelakon Zulin Aziz memaklumkan dia dan suami tercinta akan berangkat kaki ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Justeru, menerusi laman instagram, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, meminta pengikut mendoakan urusan dia dan suami dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik.

Mohon Doa Dapat Umrah Yang Mabrur

“Salam Ramadan. Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci menunaikan umrah dan menjalani ibadah puasa disana. Doakan urusan kami dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik kami. Semoga mendapat umrah yang Makbul. InshaAllah.

“Jika ada yg nak titipkan doa tulis di comment InshaAllah jika ada kelapangan saya bacakan doa2 anda .,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

Dalam entri berkenaan dia dan suami bergambar di lapangan terbang sebelum berangkat.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian Zulin mendapat 22.4k tanda suka serta dihujani komen dan doa-doa daripada rakan selebriti serta peminat yang mendoakan agar dia dan suami mendapat umrah mabrur.

Komen :

Semoga Zulin Aziz dan Suami memperoleh ibadah umrah yang mabrur di tanah suci.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: instagram zulinaziz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*