Paras Oksigen Anak Menurun, Amyra Rosli Dipanggil Segera Ke Hospital – Lubuk Viral

KEADAAN kesihatan anak pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Aryssa, 2, semakin merosot selepas disahkan dijangkiti virus Kawasaki.

Amyra yang sedang menjalani penggambaran drama terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anaknya tiba-tiba menurun.

“Berderau darah Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang” tulisnya di Instagram pada Ahad.

Pada Selasa lalu, mStar melaporkan Ayra yang merupakan anak kedua pasangan itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas.

amyra 2

Ayra masih dirawat di hospital

Kanak-kanak itu kemudian disahkan dijangkiti virus Kawasaki iaitu keradangan saluran darah terutamanya membabitkan kanak-kanak bawah lima tahun.

Terdahulu, Amyra turut berkongsi video memperlihatkan keadaan wajah anaknya yang membengkak akibat kesan ubat steroid.

“Muka jadi besar kesan steriod, lama adik demam dik.

“Mommy risau ni makin banyak ubat masuk dalam badan adik. Hari-hari kena ujian darah” ujarnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar