
Sudah hampir seminggu umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan menjalani ibadah berpuasa. Selain menahan lapar dan dahaga, ada juga yang mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan ibadah yang lain juga.
Ada masanya juga bukan mudah untuk kekal bertenaga sehingga waktu berbuka. Tetapi mungkin anda boleh mencuba satu tips yang dikongsikan oleh seorang doktor ini untuk membantu mengurangkan rasa dahaga semasa berpuasa.
@drpreeyaamohan Tips kurangkan rasa dahaga pada bulan puasa ini! Selain itu, chia seed ini sesuai jgk utk org yg pergi gym utk bantu elakkan dehydration. #kesihatan #health #tipsbuatkamu #ramadan2022 #bulanpuasa #chiaseeds #bijichia #omega3 #hydration #tipskesihatan #nutrition #nutrilite ♬ Bilang Pa Mama Mantu Remix – Wallzz.19
Di dalam video yang dikongsikan ini, doktor tersebut memberitahu ada satu tips yang boleh digunakan bagi mereka yang berpuasa. Dia kemudiannya berkongsikan kebaikan chia seed yang ramai tidak tahu boleh membantu mengurangkan rasa dahaga.
Biasanya mesti ada yang akan berasa lesu dan tidak bermaya ditambah pula semasa cuaca panas kan? Dengan hanya merendamkan chia seed ke dalam air, minuman tersebut dapat membantu memberikan tenaga dan mengurangkan rasa dahaga sepanjang hari.
Doktor tersebut juga turut menyarankan untuk merendamkan chia seed itu sekurang-kurangnya selama 20 minit atau semalaman di dalam air atau jus. Dengan hanya langkah yang mudah itu sahaja, ia dapat membantu mengekalkan hidrasi dalam tempoh yang lama.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga netizen yang baru pertama kali mengetahui kebaikan chia seed ini. Dalam masa yang sama, netizen turut berkongsikan pengalaman mereka mengamalkan chia seed ini semasa bersahur.
“Betul doktor. Saya amalkan masa sahur dari puasa pertama lagi.”
“I pernah bawak air chia seed tu pergi school then semua orang cakap air telur katak.”
“Yasss memang berkesan. Nampak orang share tips ni kat fb, 2nd puasa haritu try sampai harini dan memang tak rasa dahaga langsung.”
“Betul. I suka minum letak dalam air lemon. Kadang letak dalam yogurt. Memang kenyang je.”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: HCL