Pelajar Sekolah Jalan Penuh Ayu, Rupanya Sebab Kain Sekolah Tak Buka Jahitan Lagi – Lubuk Viral

Memandangkan sekarang ini sesi persekolahan sudah kembali dibuka secara bersemuka, tentunya ada pelbagai ragam yang dapat dilihat di sekolah. Macam gelagat seorang pelajar sekolah ini yang mencuri tumpuan ramai gara-gara situasi lucu yang berlaku padanya ini.

Semuanya berpunca dari gayanya yang berjalan dengan penuh ayu semasa dijemput pulang oleh ahli keluarganya ini. Namun sebenarnya, ada sebab lain yang menyebabkan gadis itu berjalan begitu ayu sekali sehinggakan ramai berdekah melihatnya.

@awbytoo firstday sekolah dah buat malu #fyp ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan pelajar sekolah itu yang berjalan menuju ke kereta sambil dirakamkan ahli keluarga yang lain. Dalam masa yang sama, ramai yang turut tertarik melihat gayanya yang berjalan dengan penuh ayu dengan langkah yang kecil itu.

Rupa-rupanya, itu semua disebabkan oleh jahitan pada kain sekolah yang dipakainya itu yang masih belum dibuka. Biasanya akan ada satu jahitan pada bahagian kain sekolah yang perlu dibuka dahulu selepas membelinya.

gadis

Jika tidak, pasti sukar untuk berjalan dengan langkah yang biasa sama seperti yang dialami oleh gadis itu. Gelagatnya berjalan ini turut membuatkan ahli keluarga yang lain berdekah melihat gayanya ini gara-gara insiden tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang memberitahu mereka juga pernah melalui situasi yang sama sewaktu di sekolah dahulu.

“Kalau nampak perempuan jalan ayu tu boleh agak dah.”

pelajar

“Aku pernah do kena macam tu, ingatkan kain tu ketat. Rupa-rupanya tak bukak jahitan…”

sekolah

“Ye weh hahaha haritu nasib akak aku yang tegur.”

komen

“Dia tengah cover malu.”

kain sekolah

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Sumber