Suami Pinjam Pakai ‘Deodorant’ Isteri, Siap Bertudung Nak Ikut Tema Punya Pasal – Lubuk Viral

Lumrah sebagai suami isteri, ada masanya anda akan berkongsi atau menggunakan barang yang sama dengan pasangan. Sama macam gelagat seorang lelaki ini yang kantoi menggunakan deodorant milik isterinya sehinggakan membuatkan wanita itu sanggup membeli yang baru.

Namun ianya tidak dapat menghentikan gelagat lelaki itu yang memikirkan cara lain untuk menggunakan deodorant tersebut. Malah rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagatnya ini di mana video tersebut juga meraih lebih tiga juta tontonan.

@asya.aya1926 #deodorant #fyp #kalimantantimur #berau #berauterkini ♬ original sound – WanderingAndLost

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memberitahu dia suka menggunakan deodorant milik isterinya sendiri. Namun tindakannya ini tidak disukai oleh wanita itu sehinggakan dia sanggup membeli deodorant yang lain untuk mengelakkan lelaki itu memakainya lagi.

Malah wanita itu juga siap membeli deodorant yang dikhaskan untuk wanita yang berhijab sahaja. Mungkin juga ini adalah taktiknya untuk menghentikan lelaki itu dari terus memakai barangnya lagi selepas itu.

bertudung

Tetapi cubaannya itu tidak berjaya apabila lelaki itu memberitahu dia masih lagi menggunakannya. Lebih melucukan, lelaki itu juga dilihat siap memakai tudung kononnya cuba memenuhi tema wanita berhijab tersebut.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama berdekah melihat gayanya di penghujung video itu. Malah ada yang berseloroh tidak menyangka lelaki itu akan bertudung akhirnya semata-mata untuk memakai deodorant itu.

“Hahahaha pak istipar.”

suami

“Alhamdulillah ya kak moga istiqomah…”

deodorant

“Sakit perut gelak.”

komen

“Sabar, bulan puasa ini, sabar.”

tik tok

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL