Drama keluarga dari Kelantan, tertinggal anak tepi jalan ketika bercuti… sedar selepas 10 minit gerak, netizen m4rah sebab cu4i – Lubuk Viral

Hampir luruh j4ntung. Begitulah situasi yang mel4nda wanita ini apabila dia dan suami menyedari kehilangan anak lelaki mereka yang baru berusia lima tahun pada 2 April lalu.

Menurut Subariah Mohd Rasidi, 35, yang senang disapa Alang, dia sekeluarga menyedari kehilangan itu selepas 10 minit menaiki kereta, sejurus mendaftar keluar dari sebuah hotel di Kuantan, Pahang.

“Kami sekeluarga dari Kelantan dan pergi bercuti di Kuantan. Saya dan suami membawa lima orang anak serta ibu yang berusia 80 tahun untuk menginap di hotel, bercuti sebelum Ramadan.

“Ketika proses check out, saya dah letakkan anak-anak saya dalam kereta. Suami sedang jaga anak bongsu kami. Anak sulung saya pula sedang bantu neneknya yang sudah uzvr. Lagi tiga orang anak juga sudah dimasukkan ke dalam kereta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Selesai proses check out, saya pun masuk kereta, lalu kami terus bergerak pulang ke Kelantan. Dalam 10 minit perjalanan, tiba-tiba saya rasa sunyi. Saya rasa macam ada tertinggal sesuatu.

“Apabila saya panggil, salah seorang anak saya tak menyahut. Kemudian baru kami semua perasan yang anak nombor empat saya tiada dalam kereta,” ujarnya.

emat2

Alang bersama suami dan anak-anaknya.

Menurut Alang, anak keempatnya itu, Muhammad Noah Haziq Hafiss yang diberi gelaran Emat ditemui sedang berada di tepi jalan, berhampiran hotel berkenaan.

Tambah jurumekap yang menetap di Kota Bahru itu, dia bersyukur kepada Allah dan berasa lega apabila anaknya ditemui dalam keadaan selamat, sekali gus menoktahkan segala rasa t4kut yang bermain dalam dirinya.

Ada yang cakap saya cu4i… saya harap kejadian ini tak berlaku kepada orang lain.

ALANG

“Saya memang dah t4kut. Kalau boleh nak buat laporan polis. Tapi suami minta bertenang dulu. Kami terus patah balik dan pergi ke arah hotel. Apabila kami sampai sana, nampak dia kat tepi jalan.

“Nampak muka Emat penat. Rupa-rupanya dia kejar kereta kami. Bila letih dan tak dapat kejar, dia patah balik berjalan ke hotel. Saya tak tahu nak cakap lega macam mana apabila nampak dia. Saya bersyukur dia selamat.

“Rupa-rupanya sebelum kejadian itu, dia keluar dari kereta. Pada waktu itu, dia pergi tengok akuarium dekat hotel. Saya pula sedang check out, apabila selesai terus masuk kereta sebab ingat semua anak dah ada,” imbas Alang lagi.

emat4

Mereka sekeluarga menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Alang turut berkongsi video kejadian itu sehingga tular menerusi aplikasi TikTok.

Tambah Alang, ada segelintir netizen turut menvduh dia sebagai ibu yang cu4i, namun dia enggan mengambil pusing dengan komen berkenaan.

“Mereka tak tahu kejadian sebenar. Saya dah letak dia elok-elok dalam kereta. Tiba-tiba dia turun tak cakap pada sesiapa, tiada seorang pun perasan. Ramai yang komen doakan baik-baik.

“Yang cakap saya cuai pun ada. Saya harap kejadian ini tak berlaku kepada orang lain. Kita rasa kita dah jaga, tapi tetap terlepas pandang.

emat3

Alang tenang berhadapan komen netizen yang menuduhnya cuai.

‘Emat ni dia jenis tak suka bergaul. Dia bukan autisme atau orang kelainan upaya (OKU).

“Terima kasih kepada semua yang bagi kata-kata semangat untuk saya,” ujar Alang lagi.

Sehingga kini, video yang dikongsi menerusi TikTok meraih lebih 230,000 tontonan.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar