Pengurus Tangmo Nida, Gatick mengaku beri kenyataan p4lsu, polis d4kwa lima individu atas bot ikut nasihat seseorang

PENGURUS Tangmo Nida iaitu Idsarin “Gatick” Juthasuksawat mengaku bersalah memberi kenyataan p4lsu kepada polis berkaitan punca kem4tian aktres tersebut yang terjatuh ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Muang di Nonthaburi, Pol Kol Jaturon Anurakbundit, berkata Gatick mengaku bahawa dia telah memberikan kenyataan p4lsu kepada penyiasat atas sebab tertentu.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan secara terperinci tentang pengakuannya.

Gatick yang juga rakan rapat Tangmo mengesahkan kepada pemberita bahawa dia telah membuat pengakuan selepas keluar daripada pertemuan dua jam dengan polis, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Pertuduh4n membawa hukuman d3nda sehingga RM500 (4,000 baht) dan/atau penjara maksimum dua tahun.

Gatick ditemani oleh bekas Ahli Parlimen Parti Palang Pracharath Sira Jenjaka, yang kini menjadi penasihatnya.

Wisapat tiba di balai polis pada Sabtu bagi menjalani siasatan

Salah seorang individu atas bot Wisapat Sand dikenakan war4n tangkap pada Sabtu.

Selain itu Sira Jenjaka berkata, Gatick telah mended4hkan perkara sebenar dan memberi amaran kepada empat individu lain supaya memberitahu perkara sebenar.

“Dia salah seorang daripada lima individu yang menaiki bot laju ketika Tangmo jatuh ke dalam Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu.

“Hanya dia yang mengakui dakwa4n itu selepas didesak penyiasat,” ujar polis.

Empat individu lain dalam bot itu berdepan tudvhan lebih serius namun kesemua menafikan dakw4an itu.

Mereka ialah Wisapat “Sand” Manomairat, Nitas “Job” Kiratisoothisathorn, Tanupat “Por” Lerttaweewit dan Phaiboon “Robert” Trikanjananun.

Pada Isnin, Nitas iaitu salah seorang daripada lima individu itu dituduh bersubahat dengan orang lain bagi mengelakkan tudvhan jenay4h dan memusnahkan bukti.

Polis juga akan mend4kwa ada individu lain yang dipercayai telah memberi nasihat kepada kesemua lima individu dalam bot berkenaan.

Untuk rekod, may4t Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada 26 Februari lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lem4s.

May4tnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira satu kilometer dari lokasinya terjatuh.- Bangkok Post

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar