“Halal partner” Rupanya Isteri Beliau Bukan Calang Calang Orang, Ini Pekerjaan Sebenar Isteri Jay Iswazir ! – Lubuk Viral

Memasuki usia 40-an, pelakon Jay Iswazir sah bergelar suami kepada wanita pilihannya yang juga pelakon Azzahra Ahmad baru-baru ini.

Tahniah diucapkan buat pelakon Jay Iswazir yang kini sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Azzahra Ahmad, pada Rabu.

Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail berkongsi khabar gembira itu bersama para pengikut di laman media sosial Instagram.

“Halal partner…Alhamdulillah..Allah Maha Mengetahui jodohmu bila dan dimana

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azzahra Ahmad (@azzahraahm4d)

“Tatkala cuba menutup pintu hati dari cinta, Allah bukakan pintu yg lain buat seorang yang jauh sekali xterjangka akan bertemu, terikat hati dan kini menjadi suami

“Terima kasih Ya Allah kerna hadirkan Dia dlm hidup ini..Sayang @realjayiswazir , pimpin saya sama2 hingga ke syurga ya,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azzahra Ahmad (@azzahraahm4d)

Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Terdahulu, pelakon berusia 39 tahun ini mengikat tali pertunangan bersama Azzahra pada 20 Mac yang lalu.

Pekerjaan Azzahra Ahmad, Isteri Jay Iswazir

Azzahra Ahmad atau nama sebenarnya, Fathimah Azzahra Ahmad sebelum ini pernah bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan, juga seorang pelakon dan mula dikenali selepas berlakon dalam beberapa buah drama seperti Sayangku Kapten Mukhriz dan Cinta Selawat.

Bukan itu sahaja, dia juga merupakan seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul Dia Tak Ku Lupa.

 

Komen :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Youtube, Instagram Jay Iswazi, Azzahra Ahmad