Kantin tutup bulan Ramadan, ibu bapa bukan Muslim sangka anak dip4ksa puasa! Guru jelaskan situasi sebenar, boleh je bawa bekal

BAGI memastikan anak-anak kecil dapat belajar berpuasa, kebanyakan sekolah mengamalkan polisi ‘menutup kantin’ sepanjang bulan Ramadan namun mereka yang bukan Islam mahupun berusia di bawah lapan tahun dibenarkan membawa bekal dan menjamah makan di ruangan lain yang telah disediakan.

Bagaimanapun, satu pemakluman mengenai perkara itu yang disebarkan kepada ibu bapa menerusi grup WhatsApp di salah sebuah sekolah rendah kebangsaan di ibu kota telah disalah tafsir sehingga mengundang pelbagai spekulasi selain disifatkan sebagai r4sis.

Ia berikutan, pemilik akaun yang dipercayai ibu bapa murid di sekolah bekenaan tidak berpuas hati dan memuat naik status di Facebook miliknya sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Antara ungkapan yang terselit dalam status tersebut adalah ‘sekali lagi, saya bukan anti Islam atau Melayu… sayang semua’.

Malah terdapat juga beberapa pemilik akaun Facebook yang memuat naik kenyataan sekolah tersebut pada 4 April dan menyatakan perkara sama sering berlaku setiap tahun seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

Beberapa netizen turut membuat hantaran yang sama berkaitan pemakluman tersebut

Beberapa netizen didapati membuat hantaran yang sama berkaitan pemakluman tersebut

Difahamkan, rasa tidak puas hati itu timbul susulan sebaris ayat yang dikeluarkan sekolah tersebut menyatakan ‘sekiranya anak tuan puan tidak berpuasa, harap dapat pastikan anak bersarapan di rumah sebelum datang ke sekolah. Bekalan air minuman juga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah secara terang-terangan’.

Bagi mendapatkan kepastian, mStar menghubungi pihak sekolah berkenaan.

Menurut guru berkenaan yang enggan mendedahkan identitinya, pemakluman tersebut ditujukan untuk murid Islam semata-mata selepas mengambil kira ramai murid yang berpuasa di dalam kelas.

“Ia tidak melibatkan murid Moral dan mereka ini ditempatkan di bilik makan khusus. Murid Islam yang masih kecil juga ditempatkan di bilik khas yang lain jika mereka tidak berpuasa dan kedua-dua bilik dengan pengawasan guru,” jelasnya.

Malah, beliau menyatakan nombor telefon turut diletakkan dalam pemakluman tersebut supaya ibu bapa dapat berhubung dengannya jika mereka mempunyai keraguan atau inginkan kepastian berkaitan perkara tersebut.

Mohon maaf sekiranya mesej yang saya sampaikan (awal) telah menyinggung perasaan atau telah disalah anggap sebagai rasis.

GURU

Menjelas lanjut, ujar beliau, ayat ‘bekalan air minuman juga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah secara terang-terangan’ membawa maksud minuman dari rumah boleh dibawa namun ia perlu diletakkan di dalam beg atau bekas makan supaya tidak dilihat oleh pelajar muslim yang sedang berpuasa.

Tambahnya, penjelasan lanjut juga telah dibuat selepas mendapati sebilangan ibu bapa tersinggung dan salah faham dengan pemakluman pertamanya.

“Mohon maaf sekiranya mesej yang saya sampaikan (awal) telah menyinggung perasaan atau telah disalah anggap sebagai racist. Info melatih murid-murid agar berpuasa saya tujukan khusus kepada murid-murid Islam sahaja dan tidak melibatkan murid bukan Islam.

Netizen menyifatkan perkara yang sama berlaku setiap tahun.

Netizen menyifatkan perkara yang sama berlaku setiap tahun.

“Murid bukan Islam kami tempatkan mereka makan bekal yang mereka bawa dari rumah pada waktu rehat di bilik pendidikan moral tanpa halangan dengan pengawasan guru bertugas.

“Harap penjelasan saya, menjawab persoalan yang ditimbulkan. Mohon maaf sekali lagi atas kekeliruan yang timbul,” ujarnya sambil menambah pihak yang masih kurang jelas boleh menghubunginya dan dia sentiasa membuka ruang perbincangan kepada ibu bapa.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar