Sakan Mandi Guna Air Mineral, Remaja Dikec4m Membazir – “Kau Ingat Kau Michael Jackson? Bapa Kau Menang PRN?”

Sepotong klip video di TikTok memaparkan aksi seorang remaja lelaki mandi menggunakan berbotol-botol air mineral mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya mengecam tindakan remaja terbabit yang disifatkan membazir dan tidak sensitif dengan isu semasa terutama di negara yang berdepan krisis air.

“Kau ingat kau Michael Jackson? Mandi air biasa tak boleh ker?

“Kau dengar sini, dekat Zimbabwe, Uganda sana bukan main susah orang nak dapat air bersih, kau boleh buat mandi jer air mineral? Bapa kau menang PRN eh?” jerit individu yang merakamkan aksi remaja berkenaan.

@amirulasyari apa bende mandi air biasa, orang mandi mineral water muarra ph7.6 wei. Kerak atlet aku auto hilang ? Haih tp ada plak member panas nengoknya! ?#fyp ♬ original sound – amirul.asyari

Hal itu kemudiannya mendapat perhatian pengasas Strawin Food Industries Sdn Bhd, Mohamad Faruqi Mohamad Nazri yang tampil mengulas mengenai situasi terbabit.