‘Alamak Jgn Laa Takvt Pec4h Rahsla’ – Terkjut GiIer Erra Fazira Bila Awie Tiba2 Datang Tak Bagitahu Pun – Lubuk Viral

Kemunculan aktress popular, Erra Fazira dalam segmen Pagi Di Sinar menerusi stesen Sinar FM sejak Mac lalu nyata menceriakan ramai pendengar meskipun hanya sementara sahaja.

Erra, 48, yang juga pelakon, penyanyi dan pengacara berkata, dia hanya menggalas tanggungjawab mengendalikan segmen pagi bersama Angah, Jepp dan Rahim selama sebulan.

MenguIas perasaannya terpaksa memulakan tugas seawal 6 pagi, Erra menganggapnya tugasan mencabar dan masih cuba menyesuaikan diri.

” Setakat tiga hari ini, Alhamdulillah… Bahagian paling mencabar ialah menyesuaikan badan kerana saya perlu bangk1t seawal jam 4 pagi, setiap hari untuk ke konti radio.

” Rasa nak demam dan lemau pun ada, mungkin badan masih terkejut. Insya-Allah, saya percaya dapat menyesuaikan diri, tidak lama lagi.

” Bagaimanapun, pengalaman bekerja di konti radio sesuatu yang sangat menyeronokkan.

” Ini kerana seperti kita sedia maklum, pasukan Pagi Di Sinar terkenal dengan telatah dan bicara lucu,” katanya dipetik sebagai berkata kepada BH0nline.

Menurut bekas Miss Malaysia World 1992 itu, dia jadi lebih bersemangat apabila kemunculannya dapat menceriakan pendengar dan membawakan aura positif.

” Selain seronok dapat ke udara bersama tiga penyampai yang dikenali dengan keletah dan lawak lucu, saya juga rasa bersemangat dapat menceriakan pagi pendengar Sinar FM.

” Setakat ini, rasa amat seronok kerana ia adalah satu pengalaman baharu buat saya,” katanya.

Sementara itu, adakah mempunyai hasrat menjadikan kerjaya penyampai radio sebagai sepenuh masa, penyanyi lagu Pasrah itu berkata, soalan itu agak mencabar untuk dijawab.

” Kalau ditanya adakah saya ingin terus menjadi penyampai radio, soalan ini agak menc4bar. Tetapi, saya perlu melihat kepada kemampuan badan sama ada larat atau tidak.

” Sekiranya ada tawaran mungkin saya perlu melakukan solat istikharah dan mempertimbangkan sebaik-baiknya,” kata Erra.

Tak sangka Awie datang konti

Dalam pada itu, Erra mended4hkan beliau tidak tahu kejutan yang diterima apabila penyanyi rock tersohor, Dato’ Awie diundang sebagai tetamu di konti.

Berkongsi luahan di Instagram, heroin filem Sembilu itu berasa terkejvt dengan kehadiran Awie yang pernah menjadi ‘hero’ dalam hidupnya sebelum ini.

” So sweeeeeett.. Dato Awie turun buat kejvtan di konti Sinar FM .. Saya tekezut giler sebab tak ada sesiapa bagitau ada tetamu dan tetamu tu pulak abam awie.

” Kejutan yang sweet sangat.. thank you korang, thank you abam awie memeriahkan pagi dan menambah lagi memori indah dalm lipatan sejarah..

” InsyaAllah ada rezeki bjumpa lagi.. insyaAllah ada rezeki kita bkejesama lagi

” Meanwhile, saya doakan abg Awie diberi kesihatan yang baik, terus gemilang bersama kerjaya dan bahagia bersama seisi keluarga.. Take care” tulis Erra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Umum mengetahui, suatu ketika dahulu, kisah percintaan antara Dato’ Awie dan Erra Fazira hang4t diperkatakan dan sering digandingkan dalam filem-filem kerana keserasian mereka berdua.

Erra dan Awie sempat us1k mengus1k

Keakraban Awie dan Erra masih dapat dilihat apabila masing-masing saling mengus1k sebaik sahaja bertemu.

” Wahh rambut pendek laahh..” kata Erra sebaik nampak Awie.

” Lama tak jumpa ni, teruja..macam biasa la bila tengok tu sejuk mata memandang..(sembil ketawa).. alamak jangan la macam ni, nanti pecah rahsia..

” Tapi bila dia datang pagi-pagi ni, Erra rasa Ya Allah..pengorbanan..jarang nampak Awie kalau waktu pagi-pagi..” usik Erra disusuli gelak tawa Awie.

Awie turut sempat bergurau apabila berkata Erra seorang yang bermulut manis. Malah Awie turut mengusik Erra dengan mengatakan Erra adalah ‘buah hati’ lama beliau.

” Itu duluu, sekarang ni masuk waktu.. Erra memang pandai main kata-kata.. ‘adinda lama’..” kata Awie.

Ntizen teruja lihat Awie dan Erra masih akrab

Sementara itu, perkongsian Erra di Instagram itu telah menarik perhatian peminat yang pernah membesar pada zaman 90an di mana gandingan Erra dan Awie sangat ‘meIet0p’ ketika itu.

” Memang dari dulu kini dan selama nye minat kat ErrafFazira dan Awie ni.. suke tengok dorang berdua..

” Mengimbau betul kenangan silam. Terus teringat yang sweet2 dulu. Apa pon semoga masing2 bahagia dengan kehidupan sendri. Semoga sentiasa dalam redha, rahmat dan kasih sayang Allah swt. Aamiin.

” Di Ambang Waatiii.. Aduhaai mengundang zaman kanak-kanak aku weyh! Apa pun semoga terus succes buat kak Erra dan Dato’ Awie..” komen warganet.

Untuk rekod, Erra pernah menjalin hubungan cinta bersama Awie setelah sama-sama membintangi filem Sembilu.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: mediahiburan, bharian, wikipedia dan olahan Muzik Jalan.