“We are pregnant!” Uyaina Umum H4mil Anak Pertama !

HAMPIR empat bulan mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Melahirkan rasa syukur atas nikmat Allah, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia dan suaminya iaitu penyanyi rap Raja Syahiran teruja bakal bergelar ibu bapa.

Uyaina berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya yang memperlihatkan foto dia bersama suami Raja Syahiran yang bermesra dengan ‘baby bump’ ketika di Istanbul, Turki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Alhamdullilahhh terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran dan Uyaina. Insya-Allah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah. We are pregnant!

“Syukur pada-Mu Ya Allah. Sejujurnya, kami masih tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. We can’t wait to see you our Little One,” kongsi Uyaina.

Pengacara berusia 30 tahun itu berkata, sambutan Ramadan kali ini berbeza apabila kali pertama menyambut bersama suaminya selain kedatangan Syawal sebagai bakal bergelar ibu dan bapa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Dalam pada itu, Uyaina berharap semua orang dapat mendoakan keselamatannya bersama bayi sepanjang tempoh kehamilan hingga kelahiran.

“Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan dan keselamatan Uyaina serta baby sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan nanti.

“Semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin. Ramadan kali in imembawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina.

Komen rakan artis :

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Instagram Uyaina Arshad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*