Tak Tegur Kak KM Buat Hal- “Lantakl4h Nak Cakap Apa Pun, Itu Mereka Punya Pasal”- Normah

Petaling Jaya: “Buat apa nak tutup Instagram? Mereka punya pasal, saya kena nak tutup IG? Boleh belahlah. Lantak merekalah. Apa susah, kalau mereka cakap yang menyakitkan hati, sekat saja,” kata pelakon veteran Normah Damanhuri.

Ia susulan kecam4n demi kecam4n yang diterimanya berikutan hantaran video anaknya Liana Rosli atau Kak KM yang dianggap keterlaluan di Instagram.

Normah, 69, berkata, sampai bila dia perlu mendengar cakap warganet kerana di mata mereka, ada saja yang tidak kena pada keluarganya.

“Perkara yang baik mereka bukan nak puji, asyik nak cari salah sahaja. Saya bersedia terima komen tapi lebih suka pilih diam. Biar mereka nak cakap apa. Yang penting saya tahu kerja saya. Biarlah setakat mana mereka nak cakap. Kalau saya jawab nanti lagi mereka sakit hati dan lagi panjang cerita.

“Saya bimbang kalau saya keluar kenyataan yang lagi pedih. Jadi malaslah nak jawab. Lantaklah mereka nak cakap apapun,” katanya ditemui pada pelancaran filem 3 Janda Menawan Dunia di GSC One Utama, Petaling Jaya, semalam.

Filem arahan Hyrul Anuar ini menggandingkan Normah dengan Rosnah Mat Aris dan Raja Azura.

Normah turut memaklumkan, dia jarang membalas kec4man peminat di Instagram dan hanya membalas apabila terlalu ger4m.

“Mereka asyik nak cari salah sahaja. Yang cantik-cantik kita bagi tak pula mereka puji. Cubalah seimbangkan. Yang salah, salahlah dan yang baik pujilah. Nak k3ji atau puji, bagi seimbanglah. Tak bolehkah cakap baik-baik. Kenapa cakap menyakitkan hati orang? Saya terus sekat, senang cerita. Kalau yang tak teruk, saya padam dulu, kalau masuk lagi baru sekat.

“Saya sudah bagi amaran kalau kurang ajar dan biadap, saya akan sekat. Saya memang mengadu perkara ini pada anak-anak dan mereka larang saya tengok IG dan baca komen kerana bimbang saya marah serta susah hati,” katanya.

Normah berkata, dia bukan hamba media sosial dan hanya berkongsi perkara perlu seperti hubungan kekeluargaan mereka.

“Ada perkara penting saya masukkanlah. Benda seronok, berrgembira dengan keluarga dan ada yang kata suka.

“Ia contoh keluarga bahagia berkasih sayang. Bukankah perkara ini bagus? Dalam ada ramai-ramai yang mendoakan, mesti ada seorang yang mengeji. Tolonglah adil bagi komen,” katanya.

Pelakon serba-boleh, Normah Damanhuri teruja apabila menerima barangan kemas daripada anak-anaknya sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-68, Selasa lalu.

Normah berkata, dia terharu apabila kek yang ditempah anak-anaknya mengandungi wang tunai serta didatangkan bersama gelang tangan dan rantai leher emas.

“Gelang tangan itu daripada Kak KM (Liana Rosli), manakala rantai leher daripada kakaknya (Lydia Rosli). Perangai lima anak saya iaitu Uji, Rose Azlin, Lydia, Liana dan Ahya memang begitu. Kalau mereka ada lebih, mereka akan bagi. Kalau tiada, mereka tetap akan bagi hadiah yang kecil. Ada rezeki mereka akan berkongsi dan tak kedekut langsung,” katanya.

Normah berkata, status kehidupan Liana (Kak KM) yang agak senang sekarang membuatkan dia sanggup memberikan apa saja buatnya selagi mampu.

“Setiap tahun mereka seakan wajib buat sambutan untuk saya. Namun, bukan untuk saya saja kerana ulang tahun kelahiran 15 cucu, menantu dan adik-beradik juga akan disambut.

“Bezanya kali ini kami buat membabitkan anak-beranak saja kerana tak boleh buat di hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. Memang tak pernah tertinggal walaupun saya kata tak payah atau buat ala kadar. Benda-benda ini kadangkala dibuat kejutan,” katanya.

Terdahulu Liana memuat naik video majlis sambutan terbabit menerusi TikTok yang kemudian turut dikongsi di beberapa medium media sosial lain.

Perkongsian video ini mendapat pujian warganet yang memuji kesungguhan mereka membahagiakan Normah.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tengok warganet puji dan mendoakan saya. Sangat bersyukur semua kata-kata yang dikeluarkan sangat baik. Saya terharu dengan doa mereka dan menghargainya. Ada yang kata sedih dah tiada mak dan ada juga yang nak buat ikut cara begini. Secara tak langsung ia bagi contoh kepada anak-anak di luar sana.

“Ada yang minta tips cara saya besarkan anak-anak. Memang saya dengan anak-anak sangat berkasih sayang. Mereka tak pernah melawan atau bercakap kasar dengan saya,” katanya.

Mengulas berkenaan segelintir pihak yang memandang negatif pada mereka terutamanya terhadap Liana, Normah mengambil sikap tidak mempedulikan mereka.

“Nak buat macam mana kerana kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Apapun tak perlulah benci sangat. Kalau boleh gantikanlah perasaan benci dengan doa,” katanya.

Sumber: Metro

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://khabar24media.com/