Isteri Tengah Sakit Nak Bers4lin, Suami Pula Sempat Bagi Teka Teki – Lubuk Viral

Para ibu yang pernah melahirkan anak pastinya masih ingat lagi rasa sakit semasa ingin bers4lin kan? Selalunya di dalam situasi itu, para suami akan menemani si isteri untuk memberikan sokongan dan semangat semasa mereka bertarvng nyawa menahan kes4kitan itu.

Namun lain pula yang dilakukan oleh lelaki ini apabila dia sempat memberikan soalan teka teki pula semasa si isteri sedang menahan sakit. Gelagatnya ini turut membuatkan ramai berdekah melihatnya dan video itu juga tular dengan lebih tiga juta tontonan setakat ini.

@hairihussain Semoga dipermudahkan urusan bersalin isteriku. Semoga Allah selamatkan awk dan anak kita ❤️ #fy #fyp #fypシ #labourandbirth ♬ original sound – Hairi Hussain

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang wanita yang berada di wad hospital sambil menahan rasa sakit ingin bers4lin. Dalam situasi seperti itu, tentunya sokongan dari suami dapat membantu memberikan semangat kepada isteri yang sedang menahan sakit.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah lelaki ini kemudiannya sempat memberikan soalan teka teki untuk dijawab oleh isterinya ini. Namun jawapan daripada si isteri pula berjaya membuatkan ramai berdekah mendengarnya apabila dia meminta lelaki itu untuk diam sahaja.

isteri

Walaupun soal teka teki yang diberikan itu seperti tidak kena pada masanya, ramai yang turut terhibur melihat cubaan lelaki itu menghiburkan hati si isteri.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh terhibur dengan cubaan selamba lelaki itu memberikan teka teki dalam suasana genting itu.

“Risau anak dia nanti keluar dia bagi teka teki kat ayah dia pulak.”

suami

“Stress bini mana nak tahan sakit, mana nak pikir jawapan lagi.”

teka teki

“Bini diam sekejap tu, tengah fikir jawapan.”

komen

“Member dah jem tu laginya bagi teka teki.”

tik tok

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCl