Akhirnya Keputusan Telah Dibuat, Tindakan Terbaru Pihak UITM Terhadap Pensyarah Buat Ramai Terdiam- Lubuk Viral

Tindakan pensyarah yang seakan-akan menempel4k atau mengh1na golongan B40 sememangnya amat dikesali dan ia tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun, orang ramai juga perlu adil dalam memahami konteks yang ingin disampaikan oleh pensyarah itu adalah untuk kebaikan pelajar dalam penyediaan kelengkapan pembelajaran.

Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Raduan Che Ros berkata, insiden berkenaan dikesali terutama membabitkan pensyarah di sebuah universiti awam.

“Namun, kita jangan cepat melatah dan mengh4mburkan kata-kata tidak sepatutnya kepada pensyarah berkenaan kerana perlu diadili kata-kata beliau dengan sebaiknya.

“Pada perkiraan saya, apa yang dikatakan oleh pensyarah berkenaan ada benarnya cuma mungkin agak keterlaluan ketika menyentuh golongan B40.

Pada hari ini, kita dapat melihat tidak mengira golongan mana, mereka mampu untuk memiliki gajet serta telefon pintar dengan harga beribu-ribu ringgit namun untuk penyediaan pembelajaran, tidak pula begitu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Awal pagi tadi, tular di laman sosial klip berdurasi 1 minit 44 saat memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya yang tidak mempunyai komputer sebaliknya masuk ke kelas dalam talian menggunakan telefon pintar.

Raduan berkata, kelengkapan pembelajaran terutamanya ketika pasca pand3mik ini sangat penting dan sebagai seorang pelajar, memiliki sebuah laptop itu umpama satu kemestian serta sebahagian daripada keperluan.

“Saya tidak membenarkan perbuatan pensyarah itu dan pada masa sama tidak juga menafikan apa yang dikatakan oleh beliau kerana fakta berkenaan ada justifikasinya.

“Masyarakat awam pada hari ini marah apabila membabitkan B40 yang amat sensit1f, namun kita juga perlu melihat mesej di sebalik insiden ini.

“Saya amat berharap insiden ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik dalam masa terdekat,” katanya.

Keputusan dipersetujui oleh Pengurusan Eksekutif Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Dua perkara sudah dipersetujui oleh Pengurusan Eksekutif Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkaitan isu ‘komputer’ dan ‘B40’ membabitkan pensyarah kontrak serta penuntut iaitu tiada tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan atau kontraknya dibatalkan.

Menerusi surat ‘Laporan Kronologi’ isu video tular membabitkan pensyarah UiTM Cawangan Perak, Prof Ts Dr Roshana Takim dan seorang daripadanya penuntutnya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat berkenaan semalam, selepas kedua-dua pihak dipanggil bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan itu terbabit.

Untuk rekod, surat tiga muka surat berkaitan keputusan berkenaan tular di media sosial hari ini.

“Pihak pengurusan UiTM melalui mesyuarat pengurusan eksekutif UiTM bertarikh 30 Mac 2022 boleh mengambil salah satu pilihan keputusan berikut:

a. Tidak mengambil apa-apa tindakan kerana pensyarah dan pelajar yang terlibat telah bertemu dan berbincang dan mengambil keputusan untuk mengharmonikan keadaan.

b. Menamatkan kontrak pensyarah ini yang telah diperbaharui pada 15 Mac 2022 di mana pihak UiTM boleh menamatkan lantikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan tawaran.

“Namun keputusan UiTM bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi,” kata surat berkenaan.

Berdasarkan surat yang tular itu juga, pengurusan UiTM mengarahkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) ke UiTM Cawangan Perak Kampus Sri Iskandar bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang isu terbabit semalam.

Ia mengatakan, proses kenal-pasti penuntut serta kesahihan video yang tular itu dibuat jam 10.30 pagi semalam, di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Perak.

Ia membabitkan lima penuntut dan hasil temu bual itu, kumpulan penuntut itu mengesahkan video berkenaan (insiden itu) berlaku ketika kuliah minggu kelapan pada semester Oktober 2021 hingga Februari 2022 bagi mata pelajaran ‘Construction Economic and Islamic Finance’ (BCT633) yang diajar oleh Prof Ts Roshana Takim.

Turut serta pada pertemuan itu ialah Roshana sendiri.

Berdasarkan surat itu juga, maklumat penuntut terbabit turut dided4hkan yang mana bapanya dikatakan tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Ibunya pula masih ada dan bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.

Kakak penuntut terbabit baru menamatkan pengajian dan sudah bekerja manakala adiknya masih menuntut di UiTM Rembau, Negeri Sembilan.

“Penuntut terbabit pula didapati menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah secara atas talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus.

“Penuntut terbabit juga sudah lulus pada peperiksaan lalu, termasuk bagi kod kursus BCT633.

“Video berkenaan juga bukan direkod dan ditularkan oleh penuntut terbabit sebaliknya dirakam dan dikongsikan oleh pihak lain sehingga tular. Penuntut juga tidak bersetuju sama sekali atas tujuan video terbabit ditularkan,” katanya.

Menurut surat itu, pertemuan membolehkan pihak berkaitan mendapatkan gambaran jelas isu yang ditularkan.

Ia juga membolehkan pihak berkenaan mendapat perspektif lebih jelas daripada pihak yang terbabit dalam isu berkenaan.

“Pertemuan juga dapat mengharmonikan situasi pihak-pihak yang terbabit dalam isu ini,” katanya.

Tindakan pensyarah yang seakan-akan menemp3lak atau mengh1na golongan B40 sememangnya amat dikesali dan ia tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun, orang ramai juga perlu adil dalam memahami konteks yang ingin disampaikan oleh pensyarah itu adalah untuk kebaikan pelajar dalam penyediaan kelengkapan pembelajaran.

Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Raduan Che Ros berkata, insiden berkenaan dikesali terutama membabitkan pensyarah di sebuah universiti awam.

“Namun, kita jangan cepat melatah dan mengh4mburkan kata-kata tidak sepatutnya kepada pensyarah berkenaan kerana perlu diadili kata-kata beliau dengan sebaiknya.

“Pada perkiraan saya, apa yang dikatakan oleh pensyarah berkenaan ada benarnya cuma mungkin agak keterlaluan ketika menyentuh golongan B40.

Pada hari ini, kita dapat melihat tidak mengira golongan mana, mereka mampu untuk memiliki gajet serta telefon pintar dengan harga beribu-ribu ringgit namun untuk penyediaan pembelajaran, tidak pula begitu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Awal pagi tadi, tular di laman sosial klip berdurasi 1 minit 44 saat memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya yang tidak mempunyai komputer sebaliknya masuk ke kelas dalam talian menggunakan telefon pintar.

Raduan berkata, kelengkapan pembelajaran terutamanya ketika pasca pand3mik ini sangat penting dan sebagai seorang pelajar, memiliki sebuah laptop itu umpama satu kemestian serta sebahagian daripada keperluan.

“Saya tidak membenarkan perbuatan pensyarah itu dan pada masa sama tidak juga menafikan apa yang dikatakan oleh beliau kerana fakta berkenaan ada justifikasinya.

“Masyarakat awam pada hari ini marah apabila membabitkan B40 yang amat sens1tif, namun kita juga perlu melihat mesej di sebalik insid3n ini.

“Saya amat berharap insiden ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik dalam masa terdekat,” katanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://khabar24media.com/