‘Pelajar itu sendiri tidak setuju video membabitkan pensyarahnya diviralkan’ Cerita sebenar mula terb0ngkar- Lubuk Viral

Sejak malam tadi, tular di media sosial ‘kertas siasatan’ berhubung kejadian yang membabitkan pensyarah UiTM dikatakan telah mem4rahi pelajarnya dan memperlek3h golongan B40.

Berdasarkan dokumen siasatan tersebut, pelajar berkenaan dikenali sebagai Yusof, mempunyai tiga orang adik beradik. Seperti yang dinyatakan dalam video tular itu, bapanya tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Ibunya juga masih ada dan bekerja sebagai Operator Pengeluaran Kilang.

Kakaknya pula baru sahaja menamatkan pengajian dan memulakan pekerjaan, manakala adiknya sedang menuntut di UiTM Rembau.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada kuliah minggu ke lapan, semester Oktober 2021 – Februari 2022 bagi subjek BCT633 (Construction and Islamic Finance) yang diajar oleh pensyarah berkenaan.

“Pelajar tersebut menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah secara atas talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus.

“Pelajar ini telah lulus dalam peperiksaan akhir yang lepas dan ini termasuklah bagi kod kursus BCT633 tersebut,” menurut kenyataan dalam siasatan itu.

Video yang tular itu juga bukan direkod dan disebarkan oleh Yusof, sebaliknya telah dirakam oleh rakannya tanpa pengetahuan pelajar itu sendiri yang kemudian dikongsikan dengan pihak lain sehingga menjadi tular di media sosial.

Siasatan juga mendapati, Yusof tidak pernah memohon bantuan wang zakat, tetapi dia memperolehi pinjaman PTPTN. Berhubung dengan penularan video itu, Yusof sendiri tidak bersetuju video itu ditularkan.

Bagi menjernihkan keadaan, pihak UiTM telah mengaturkan pertemuan di antara individu yang terlibat.

Hasil dari pertemuan itu, pihak Pengurusan UiTM kini sedang mempertimbangkan dua tindakan sama ada tidak mengambil sebarang tindakan kerana pensyarah dan pelajar berkenaan telah bertemu, berbincang dan mahu mengharmonikan keadaan, ada menamatkan kontrak pensyarah berkenaan yang telah diperbaharui pada 15 Mac lalu.

Bagaimanapun, pihak UiTM sedang mendapatkan nasihat daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk tindakan lanjut.

Laporan Kronologi dan Fakta

Highlight :

1. Ibu kepada pelajar tersebut masih hidup.

2. Pelajar tersebut mempunyai laptop tetapi tidak membawanya.

3. Pelajar tersebut mendapat pinjaman PTPTN.

4. Pelajar tersebut telah pun bergraduasi dan lulus subjek tersebut.

5. Video tersebut ditularkan oleh pihak lain.

Posting tular dari FB Wan Mahussin Wan Zain

Sumber: Facebook Wan Mahussin Wan Zain

‘Pensyarah macam ibu garang, tapi sedia bantu pelajarnya’

Menurut seorang graduan, Syaif Yusof dalam hantaran di Facebooknya semalam menceritakan pensyarah tersebut pernah mengajarnya ketika di universiti dahulu dan mengakui beliau seorang yang baik hati.

“Saya berdiri untuk Prof, beliau sentiasa seorang pensyarah yang terbaik bagi saya, siapa yang pernah belajar dengannya sahaja yang tahu apa yang berlaku dan bagaimana caranya ketika di dalam kelas dan luar kelas,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi bekas pelajarnya, Nik Muhammad memaklumkan pensyarah tersebut merupakan seorang yang tegas ketika mengajar, namun perwatakannya akan berubah menjadi lembut dan mesra selepas waktu kelas.

“Macam ibu yang garang, lepas marah anak akan bertukar jadi ibu penyayang pula, mungkin sebab musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tak sempat nak jumpa di luar waktu kelas sebagai ibu penyanyang,” kongsinya.

Tambah Nik Muhammad, ketika masih bergelar seorang pelajar, dia pernah gag4l dalam subjek yang diajar pensyarah terbabit dan atas berkat bimbingan beliau terhadapnya, akhirnya dia berjaya sehingga kini.

Dalam pada itu, seorang pengguna, Riena Zenobia berkongsi kejadian yang berlaku berhubung rakaman yang tular sejak semalam.

“Lepas marah-marah pelajarnya, dia usahakan pelajar tersebut untuk dapatkan komputer riba, pelajar itu pun dah tamat belajar dan pensyarah dah bersara.

“Individu yang kongsi video pun dah padamkan akaun, orang ramai sahaja belum habis buat kerja,” katanya.

Jelasnya, pensyarah tersebut sememangnya seorang yang cepat mel3nting, mulutnya mudah marah tetapi hatinya sangat baik.

Tangkap layar hantaran beberapa bekas pelajarnya yang berkongsi sisi baik beliau yang dianggap seperti seorang ibu garang tetapi penyayang terhadap anaknya.

“Video ni last year, kawan sekelas yang viralkan dah delete. Yang j4hat kawan sekelas..”

Menerusi akaun Facebook rakan pensyarah wanita berkenaan, dia menjelaskan bahawa video tersebut yang ditularkan oleh rakan sekelas telah dipadam susulan kes tersebut yang sebenarnya telah lapuk.

Dalam pada itu, Dato Rusly Abdollah juga menegaskan hal ini merupakan tindakan dan niat jahat rakan sekelas yang sengaja ingin mengambil kesempatan atas kata-kata pensyarah berkenaan semata-mata untuk kontroversi.

“Pernah dihalau dari kelas kes lupa bawak nota…”

Terbaru, satu perkongsian di Twitter @bian1918GT menunjukkan kenyataan dari pelajar itu sendiri bahawa pensyarah wanita tersebut rupanya telah lama bersara pada tanggal 18 Ogos 2020.

Malahan, lebih mengejutkan, pelajar ini rupanya difahamkan telah menjadi seorang yang berjaya hasil tegvran pedas pensyarah berkenaan. Tambahan pula, mereka berdua sebenarnya mesih berhubung dan mengekalkan hubungan baik antara bekas pelajar dan bekas pendidik.

Budak yang tak ada laptop tu pun dah kerja bagus

“Lepas dia bising dalam kelas, dia tanya apa bantuan budak tu perlu…”

Menurut tangkap layar yang dimuat naik di Twitter berkenaan, difahamkan setelah pensyarah tersebut memarahi pelajar berkenaan, beliau telah bertanya mengenai apakah bantuan yang diperlukan untuk dibantu dengan memohonkan zakat buat pelajar tersebut.

Tweet penuh:

“My cousin kata t1pu…”

Sungguhpun begitu, seorang gadis telah menyatakan bahawa kenyataan di Twitter berkenaan adalah dusta dan menegaskan bahawa saudaranya sendiri mengesahkan yang dia telah memasuki kelas pensyarah berkenaan baru-baru ini.

“Dia dah bersara, dan diambil kerja semula…”

Justeru, hal itu kemudiannya telah dibalas semula oleh seorang individu dengan mengatakan pensyarah berkenaan sememangnya telah bersara namun diambil bekerja semula baru-baru ini.

Namun begitu, sehingga kini masih belum ada penjelasan dari pihak pensyarah mahupun pelajar itu sendiri.

SUMBER: Twitter – bian8145GT, redaksi, kosmo

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/