Pad4h ‘H1na’ Pelajar Tiada Laptop & B40, UiTM Ambil Tindakan Terhadap Profesor! – “Bertegas Untuk Tidak…”

Kontrov33rsi membabitkan seorang profesor yang did4kwa mengh1na pelajar kurang berkemampuan atau golongan B40 menjadi semakin serius apabila mendapat perhatian Universiti Teknologi MARA (UiTM) sendiri.

Menerusi kenyatataan rasmi dikeluarkan pihak universiti, Naib Canselor Prof. Datuk Ts. Dr Roziah Mohd Janor menjelaskan, pihak universiti telah meneliti isu tersebut dan mengambil tindakan pantas dan sewajarnya terhadap pensyarah berkenaan.

Menurutnya, UiTM amat mengutamakan kebajikan seluruh warganya, khususnya pelajar dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi persekitaran pendidikan yang kondusif.

“UiTM juga bertegas untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM dengan sengaja mahupun tidak.

“Kewujudan UiTM adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti.

“Sememangnya dan sewajarnya UiTM membantu golongan B40. Justeru, segala kemudahan pembiayaan melalui dana-dana tertentu disediakan oleh UiTM.

“UiTM amat memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

“Pihak universiti juga telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan para pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelaiar, bantuan daripada pusat zakat serta dari pihak alumni,” katanya.

Tambahnya, beliau menyeru kepada para pelajar yang berhadapan dengan sebarang masalah agar dapat berhubung dengan pihak fakulti dan universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran.

Terdahulu, menerusi video berdurasi 1.45 minit dimuat naik di Twitter, profesor berkenaan pada awalnya bertanyakan kepada pelajar tersebut sekiranya dia mempunyai komputer riba atau tidak.

Namun, disebabkan pelajar tersebut tidak mempunyai komputer, profesor itu mula menyoal latar belakang pelajar itu termasuk pekerjaan ibu bapanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*