“Semua lecturer tak berani lawan aku” Tvlar lagi rakaman Prof mar4h pelajar, kali ni lebih men4kutkan- Lubuk Viral

RAKYAT Malaysia sering bersatu hati apabila timbul sesuatu isu dalam negara.

Kali ini, majoriti netizen turut sepakat meny3lar tindakan seorang ahli akademik bergelar pensyarah yang tergamak mengh3rdik mahasiswa gara-gara tidak memiliki komputer.

Sejak video itu meledak pada Selasa malam, nama pensyarah Profesor Dr Ts Roshana Takim hangat menjadi sasaran kemarah4n netizen.

Semakan pada Rabu turut mendapati kata kunci Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan perkataan prof (profesor) trending di laman Twitter.

Ia susulan ciapan berterusan netizen yang hangat memperkatakan isu panas melibatkan tenaga pengajar UiTM itu.

Malah, media sosial rasmi UiTM seperti Facebook dan Instagram turut menjadi lubuk kecam4n netizen.

“Prof hin4 bentuk badan”

Mengikut perkongsian dari netizan di twitter, body sh4ming dari Prof ni buat ramai mula tak senang dengan mulut beliau

“Bila tengok video ni, baru faham kenapa student tu tunggu habis belajar baru dia viralkan. Sungguh menakutkan prof ni. Dia kata, tak kata takda sesiapa berani lawan dia.

Mak aiii….”

Jawatan Prof 

Dr Roshana Takim Ialah Profesor Madya Di Pusat Pengajian Pembinaan, Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (Fspu), Universiti Teknologi Mara (Uitm), Shah Alam

Dia telah berkhidmat selama hampir 35 tahun. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan di Bahagian Pengurusan UiTM, menguruskan keseluruhan pembangunan fizikal UiTM selama 15 tahun.

Beliau merupakan Ketua Pusat Pengajian Lepasan Ijazah di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), ShahAlam, Selangor dan telah berkhidmat di Fakulti sejak 1997.

Beliau berkelulusan dari Universiti Heriot-Watt, United Kingdom pada tahun 1987 dengan BSc. (Hons.)Bangunan. Pada tahun 1996, beliau menerima MSc. Pengurusan Projek Pembinaan diLoughborough University, UK dan PhD beliau di Glasgow Caledonian University, UK pada tahun 2005.

Beliau telah membentangkan lebih daripada 30 kertas persidangan di peringkat tempatan dan antarabangsa termasuk di United Kingdom, Dubai, China, Hong Kong dan Thailand. Minat penyelidikan beliau sekarang termasuk prestasi projek, pemindahan teknologi, pengurusan pengetahuan, perkongsian awam-swasta, pengurusan nilai bersepadu dan anti-rasvah.

Selain itu, beliau sangat berpengalaman dalam mengajar Pengurusan Kewangan dan Pembiayaan Projek. Pengetahuan teknikal yang luas dan pengalaman dalam industri pembinaan telah membolehkan beliau menjalankan banyak program latihan di peringkat pekerja dan pengurusan bagi organisasi kerajaan dan separa kerajaan di Malaysia.

Dalam pada itu, perkongsian lama di Facebook milik pensyarah wanita berkenaan turut dikorek semula dan ditularkan netizen.

Antara yang mencvri tumpuan merupakan status Facebook pensyarah wanita itu pada 23 Mac 2020 yang menzahirkan rasa kasihan kepada golongan tidak berkemampuan.

“Terkadang saya sensit1f tengok rakan-rakan post gambar masakan pagi, petang dengan berbagai-bagai menu masa C0v!d.19.

Status Facebook pensyarah itu yang ditularkan netizen.

“Alahai kasihan mereka yang kurang berkemampuan,” tulisnya.

Luahan di Facebook itu bagaikan berlawanan dengan sikap yang ditunujukkan dalam video tular kali ini, yang mana dia memarahi pelajar kurang berkemampuan dari golongan B40 gara-gara tidak mempunyai komputer.

“Kau pakai apa? Kau pakai fon eh? Mana kau punya komputer? Kau tinggal kat mana? Bapak kau kerja apa?

Mak kau dah tak ada, bapak kau tak kerja? Kau tak ada adik-beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas dan pergi beli komputer.

“Aku cakap dengan kamu. Kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas, pergi beli komputer.

“Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik, disebabkan kerana kau tidak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell, pasal itu kau akan menjadi drop out student. Semester lima kau tak ada komputer,” ujarnya dalam video tular.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/