Gandingan Lan Pet Pet Dan Adik Haziq Riuh Habis!, “Hebat Depa Ni” – Lubuk Viral

Adik Haziq adalah seorang kanak-kanak yang pernah tular dengan video ulasan penemuan ular sawa beberapa bulan lalu. Hasil dari tularnya kisah adik Haziq yang cukup petah berkata-kata ini menjadikannya perhatian ramai.

Malah adik Haziq juga sempat digandingkan dengan Lan Pet Pet bagi merakamkan video promosi satu jenama kambing bakar. Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah gandingan Lan Pet Pet dan adik Haziq ini cukup menjadi dan menghiburkan.

 

Biarpun ia hanya video promo, namun jelas kelihatan adik Haziq ini sememangnya memiliki bakat luarbiasa sekali. Jom layan video gandingan Lan Pet Pet dan adik Haziq yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok berikut:

@pakmatwestern Meriah betul dapur kalau dengan combo ni? #fyp #foryoupage #pakmatwestern ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Bukan sembang kosong, tapi kedua-dua individu ini berjaya membuatkan ramai terhibur dengan keriuhan mereka. Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 160 ribu tontonan dan 15 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang memuji bakat kanak-kanak dan Lan Pet Pet ini di ruangan komen seperti berikut:

“Tu dia Lan dengan adik Haziq..kalut dahhh”

Lan Pet Pet Berganding Dengan Adik Haziq 1

“Respect adik Haziq ni. Kita pulak jadi segan..Petah berkata2”

Lan Pet Pet Berganding Dengan 3

“Minat betul kat adik Haziq. Dalam video yang ada dia mesti banyak kata2 nasihat”

Lan Pet Pet Berganding Dengan 2

“Boleh repeat lagi ni..Tak puas depa sembang”

Lan Pet Pet Berganding 4

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL