Tak gamak lihat makcik terbaring dalam ruang tepi motor roda tiga di tengah panas, netizen mula korek info nak hulur bantuan… tangan itu bukti di Padang Mahsyar!

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah gambarannya mengenai satu video meruntun perasaan yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih 1.9 juta tontonan dalam tempoh 15 jam.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berusia sedang terbaring di dalam ruang tepi motosikal roda tiga yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Pada masa sama, pemandu motosikal tersebut sedang memegang beg kecil bagi menutup wajah wanita berkenaan daripada terkena cahaya matahari.

Video itu dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Shiha Nizam, dipercayai dirakam di sebuah jalan berdekatan Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ di Terengganu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

“Tiba-tiba kat traffic light duduk di belakang hamba Allah ni. Ya Allah waktu tengah hari yang kemarau matahari betul-betul atas kepala. Terlentang dalam besi.

“Kereta tak boleh ke tepi. Andai aku boleh tolong waktu itu. Sekarang aku rasa menyesal aku tak hulur bantuan.

makcik2

Ramai yang bersimpati melihat video ini.

Dalam pada itu, beberapa individu di ruangan komen memohon agar sesiapa yang mengenali dua beranak tersebut untuk berkongsi maklumat mereka secepatnya.

Malah, ada netizen turut bercadang untuk melakukan kutipan derma bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut.

“Kalau ada yang kumpul dana untuk memudahkan famili ni, tolong beritahu, saya nak turut serta. Jika ada rezeki belikan kenderaan. Allahu sebak saya.

“87,000 likes. Kalau seorang derma RM1. Akak tu dah dapat RM87,000. Dapat beli kereta cash. Lebih duit untuk kegunaan dia.

“Nak join sis, kalau kita ramai-ramai kumpul duit,boleh hadiahkan kereta untuk dia.

“Kalau ada pomen yang dekat-dekat area tu boleh buatkan bumbung untuk kotak roda tiga tu. Panas tu,” tulis beberapa netizen lagi.

Antara komen yang ditinggalkan :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumbe Mstar