Penguasa Kanan SPRM Selew3ng Duit 25 Juta, Rupanya Ini 7 Barang Berharga Dia Sempat Beli- Lubuk Viral

Seorang penguasa kanan SPRM hari ini mengaku bersalah terhadap pertuduh4n penyelew3ngan barang bukti melibatkan wang tunai AS$6.94 juta (RM25 juta) yang dikaitkan dengan satu kes rasvah besar.

Shahrum Nizam Baharuddin mengaku bersalah ketika pertuduh4n pilihan dibacakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pertengahan bulan Feb tahun ini.

Sehubungan dengan itu, mahkamah menjatuhkan hukum4n penj4ra 3 tahun dan dua sebat4n ke atas tertvduh.

Pada 4 Januari lalu, tertuduh yang berusia 40 tahun memohon untuk dibicarakan atas pertuduh4n yang lebih berat (di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksa4n) berkaitan penyeleweng4n bukti yang dikaitkan dengan kes membabitkan bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid.

Berikutan Shahrum hari ini mengaku bersalah terhadap pertuduh4n yang lebih ringan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseks4an, dia kini hanya berdepan kemungkinan hukum4n maksimum penj4ra lima tahun, seb4t dan d3nda.

Untuk rekod, pertuduh4n di bawah Seksyen 409 pula membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, d3nda dan seb4tan.

Hasanah pada 2018 dida4wa atas tudu4an p3cah amanah membabitkan wang RM50.4 juta milik kerajaan.

Berikutan itu SPRM merampas wang tunai dan barangan lain daripada wanita itu bagi membantu siasatan. Pada April tahun lalu, bagaimanapun, dia telah dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah.

Susulan itu, Hasanah menuntut semula wang tunai yang dirampas oleh SPRM sebelum mendapati wang sebanyak RM25 juta telah lesap.

Semasa prosiding di hadapan hakim Suzana Hussin pagi ini, Shahrom mengesahkan fakta kes yang dibacakan oleh timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib.

Beli pelbagai jenis barangan mewah

Mengikut fakta kes yang dibacakan di mahkamah, Shahrum ditudvh melakukan kesalahan itu antara 17 Dis 2018 dan 9 April 2019.

Pada 17 Dis 2018, dia did4kwa meminta pegawai SPRM menyerahkan sebahagian bukti berupa wang tunai iaitu sebanyak AS$800 ribu kepada tertudvh.

Dalam beberapa siri transaksi sehingga 9 April 2019, Shahrum berjaya menukar jumlah wang yang diselew3ngkan kepada Ringgit Malaysia melalui bantuan saksi lain.

Bagaimanapun, kegiatan itu mula terbongk4r pada 21 Ogos tahun lepas, apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan supaya ekshibit wang tunai AS$6.94 juta itu dikembalikan kepada Hasanah apabila wanita itu dibebas tanpa dilepaskan pada awal April tahun itu.

Apabila pegawai penyiasat meminta Shahrum beberapa kali untuk memulangkan ekshibit wang tunai itu, tertudvh gagal setiap kali menyerahkan wang berkenaan.

Pada 10 Sept tahun lepas, Shahrum mengarahkan pegawai SPRM menyerahkan apa yang dikatakan sebagai bukti wang tunai berkenaan kepada pegawai SPRM lain untuk diserahkan semula kepada Hasanah.

Bagaimanapun, pegawai SPRM yang lain mula curiga apabila bukti yang dikatakan wang tunai itu ternyata adalah mata wang p4lsu.

Susulan siasatan yang dijalankan, Shahrum ditahan pada 13 Sept tahun lepas.

SPRM mendapati tertudvh telah menggunakan wang tersebut untuk membeli pelbagai jenis barangan seperti:

1. Sebuah rumah dua setengah tingkat di Taman Suria Warisan, Kota Warisan, Sepang, Selangor, yang bernilai RM750,000;

2. Lapan jam tangan mewah bernilai RM397,580;

3. Dua motosikal jenama Ducati bernilai lebih RM600,000;

4. Sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Raptor 2.0 bernilai RM219,000;

5. Dua bidang tanah di Jerantut, Pahang, bernilai RM483,220;

6. Sebuah kenderaan Honda Civic Type R 2.4L Turbo bernilai RM290,030;

7. Mercedez Benz A250 Sport bernilai RM130,000.

Ketika merayu hukum4n diringankan, peguam Shahrum Ahmad Hafiz A Bakar berkata anak guamnya telah mengaku bersalah terhadap pertuduh4n pilihan yang telah menjimatkan masa mahkamah.

Peguam itu berkata, tertudvh yang berkhidmat dengan SPRM sejak 2005, pernah mendapat anugerah kakitangan terbaik sebanyak empat kali.

“Hari ini merupakan kesalahan pertamanya dan dia tidak pernah disabitkan sebelum ini.

“Kesalahan itu telah membawa titik hitam bukan sahaja dalam hidupnya tetapi keluarganya.

“Tertuduh berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan memohon maaf (atas kesalahan),” kata Hafiz.

Bagaimanapun, Akram meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kerana tertudvh melakukan kesalahan serius.

“Kesalahan ini dilakukan oleh penjawat awam yang diamanahkan dengan kewajipan (untuk menjaga bukti wang tunai), tetapi dia mengambil kesempatan itu untuk kepentingan peribadi. Kes ini melibatkan AS$6.94 juta.

“Imej SPRM sebagai sebuah organisasi serta mereka yang berada di dalamnya telah tercalar (oleh kesalahan Shahrum),” kata Akram.

Suzana kemudian mensabitkan Sharum bersalah di bawah Seksyen 403.

Hakim berkenaan menjatuhkan hukuman penj4ra tiga tahun (bermula dari tarikh tangkap) dan dua kali sebatan.

“Mahkamah berharap hukuman ini boleh menjadi pengajaran kepada kamu untuk tidak melakukan kesalahan selanjutnya pada masa hadapan,” kata Suzana sambil diperhatikan Shahrum dari kandang tertudvh.

Hakim juga mengarahkan barang rampasan – termasuk kenderaan, jam tangan, tanah serta wang tunai – dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia.

Sumber : Malaysia Kini

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/