“Nampak Sgt Cover Suara Waktu Sepahtu Reunion ‘Live’..” – Akhirnya Maskot Si Merak Dibuka – Lubuk Viral

Baru sahaja berlangsung rancangan televisyen, Masked Singer yang disertai oleh barisan barisan artis yang menyanyi disebalik maskot. Persembahan daripada maskot maskot ini sentiasa konsisten dan sukar diteka oleh orang ramai. Pelbagai nama yang timbul dalam meneka nama artis disebalik maskot tersebut.

Maskot Si Merak menyanyikan lagu yang berjudul ‘Let’s Get Loud’ pada minggu pertama, minggu kedua pula lagu Temberang Tak, minggu ketiga ialah lagu berjudul Tercapai Akalmu, minggu keempat pula lagu yang bertajuk Cobalah Untuk Setia, minggu yang kelima lagu GIG, minggu yang keenam lagu Menaruh Harapan, manakala minggu yang ketujuh pula lagu yang berjudul Kalau Mencari Teman, minggu yang kelapan lagu Sweet Child o’ Mine dan minggu yang kesembilan lagu Cinta Dalam Hati.

Namun, perjalanan maskot Si Merak berkakhir pada minggu yang kesembilan selepas menyanyikan lagu yang berasal dari kumpulan UNGU, Cinta dalam hati. Tidak lain Si Merak ini adalah pelakon yang terkenal iaitu Sherry Ibrahim.

Jika dilihat pada ruangan komen, ada juga komentar yang mengatakan Sherry seakan akan ‘cover’ suara nya sewaktu dalam rancangan Sepahtu Reunion.

Lihat video dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat juga apa kata orang ramai:

Agak dah dari awal dia Sherry Ibrahim. Cara dan perwatakkan ada bayangan bila tengok Sherry berlakun drama2 dulu

Punya lah tekaan kita boleh jauh sampai ke laut, sbb ingat kak IFA RAZIAH, tp rupa-rupanya Kak Sherry Ibrahim

Sherry juga memohon maaf dalam akaun rasmi Instagram miliknya kerana terpaksa bersembunyi identiti nya sepanjang rancangan masked singer.

Kapsyen Sherry:

YES SHERRY lah SI MERAK dalam The Masked Singer Malaysia 2 !

Syukur Alhamdulillah, Let me begin by saying , I am honored and humbled to be part of this TMSM 2 2022 . Dapat sampai Semi Final pun Sherry dah bersyukur sangat2. Semue maskot hebat!! Salute!!! Wow , This competition is crazy , not easy after few episodes namun very adventurous & fun.

Sherry rasa lega sangat malam ini selepas dah reveal. Dah tak sanggup nak simpan rahsia lama2.LOL! Kadang kadang sherry tersenyum dan tersengih bila membaca komen dan tekaan semua yang support Sherry.Jujur Paling tak larat nak kene menipu. Sumpah susah & tak sanggup. Minta Maaf banyak2 sangat pada Family , Kawan2 , Staff2 & semue yg bertanye sebelum ni hehe, Sorry i had to lie for months, Forgive Me.

Thank you juga pada pihak Astro kerana memberi peluang hebat ni pada Sherry, THANK YOU juga pada semue yang terlibat dalam TMSM2, THE ‘TEAM’ they are like my family now.Sayang korang, YOU guys are the best.

Seperti merak yang penuh warna, Sherry harap kehadiran Sherry di pentas TMSM2 memberikan feel good dan ceria kepada anda semua.

No words can convey my gratitude for the support I received from ALL of YOU.

Sebelum ini, Sherry Ibrahim juga pernah menyertai rancangan Gempak Superstar iaitu pada tahun 2016 dan beliau merangkul gelaran naib juara.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: IG Sherry Ibrahim, IG Gempak, Wiki & Daebakingz