Gelagat Wanita Pandu Kereta Penuh Bergaya, “Pro Jugak Dia Ni…” – Lubuk Viral

Biasanya kaum wanita sering dianggap tidak pandai membawa kereta berbanding dengan kaum lelaki yang lebih mahir memandu. Namun lain pula kisahnya kali ini apabila gelagat seorang pemandu wanita ini berjaya menarik perhatian ramai dengan gayanya memandu ini.

Malah video dia sedang memandu ini juga tular dikongsikan apabila ianya meraih 16 juta tontonan setakat ini. Sehinggakan ramai netizen yang turut terpaku melihat gelagatnya memandu yang kelihatan begitu mahir dan bergaya.

@anakbayiii♬ DJ POK AME AME BELALANG KUPU KUPU REMIX – Arisdebugis?

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang wanita yang sedang memandu keretanya keluar dari kawasan rumah. Apa yang menarik perhatian ialah wanita itu memandu secara manual namun gayanya kelihatan begitu bersahaja.

Dia kemudiannya memandu keretanya keluar dengan begitu mudah sekali dan langsung tidak kelihatan takut mahupun teragak-agak. Selalunya untuk mengeluarkan kereta dari kawasan rumah, ia memerlukan perhatian yang tinggi dan perlu dilakukan dengan berhati-hati.

memandu

Gelagatnya yang begitu mahir membawa kereta secara manual ini juga turut membuatkan ramai kagum melihatnya terutamanya kaum wanita. Sehinggakan ada yang berseloroh menggelarkan wanita itu sebagai seorang profesional dengan gayanya ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama kagum melihat gelagatnya memandu ini. Malah ada yang berseloroh mereka pastinya tidak akan dapat memandu dengan penuh bergaya seperti yang dilakukan wanita itu.

“Pro jugak dia ni.”

pemandu

“Aku pandai satu je, menumpang.”

wanita

“Dia punya bawak kereta tu sama macam mak aku.”

komen

“Saya pandai menumpang je kak.”

tik tok

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL