[VIDEO] Nabil Ahmad anggap Allah sedang uji Zul Ariffin, minta netizen buang sifat ibl1s dalam diri… Jangan terus mengh3ntam tapi doa

SEDIH melihat rakan artis dikec4m, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menganggap apa yang berlaku terhadap Zul Ariffin berkaitan kontr0versi klip video gh4irah adalah ujian buat aktor itu.

Mengakui apa yang terjadi sebagai sesuatu yang salah, namun Nabil, 39, berkata kec4man dan hentam4n secara berterusan tidak seharusnya berlaku.

Malah, Nabil berharap orang ramai tidak terikut-ikut dengan sifat ibl`s yang terus mengh3ntam dan mencari kesilapan orang lain.

“Saya melihat ia sebagai satu ujian buat Zul. Allah akan menguji orang-orang yang beriman. Kita harus melihat dari perspektif sebegitu.

“Sepatutnya lebih banyakkan berdoa dari terus menghent4m apabila perkara ini berlaku. Kita kena buang sifat ibl1s yang ada dalam diri.

“Janganlah kita asyik nak cari kesalahan orang lain,” katanya kepada mStar.

Nabil ditemui ketika majlis pelancaran restoran pertama miliknya iaitu Human Gang yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, kata Nabil, perkara yang berlaku ini juga menjadi satu peringatan buat dirinya bahawa dunia kita menuju ke akhir zaman.

Justeru itu katanya, daripada terus menuding jari meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak, lebih baik persiapkan diri dengan amal kebaikan.

Sepatutnya lebih banyakkan berdoa dari terus menghentam apabila perkara ini berlaku. Kita kena buang sifat ibl1s yang ada dalam diri

NABIL AHMAD

PENGACARA/PELAWAK

“Saya jadi takut apabila orang mula marah dengan keadaan yang telah berlaku kerana fikirkan akhir zaman semakin menghampiri kita.

“Apabila benda ini berlaku lebih baik kita siapkan diri sendiri dengan amal dan kebaikan daripada terus menghent4m orang lain,” jelasnya.

Seperti yang kecoh diperkatakan sebelum ini, Zul menerima kecam4n hebat selepas memuat naik video klip aksi ghairah di laman sosial miliknya pada Jumaat lalu.

Pelakon filem Sangkar ini kemudiannya memadam klip tersebut dan memohon maaf atas tindakan yang menyentuh sens1tiviti agama dan masyarakat negara ini.

Sementara itu, berkongsi tentang pelancaran restoran Human Gang ni, Nabil berkata, ia merupakan kerjasamanya bersama pelakon Saharul Ridzuan dan dua lagi rakan kongsi.

nabil 11

Nabil dan Saharul sama-sama memulakan perniagaan restoran

Restoran ini menyajikan hidangan barat dengan citarasa tempatan sesuai untuk dimakan seisi keluarga.

“Saya bertemu Saharul ketika pertama kali dia terlibat dalam satu program bersama rakan-rakan tabligh.

“Kami berbual dan dia juga menyuarakan minat sama untuk berniaga. Banyak perancangan kami, tetapi akhirnya inilah yang menjadi kenyataan iaitu sebuah restoran bersama,”ceritanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar