[VIDEO] Bapa ulang-alik ke sekolah tidak mahu kasut anak kotor – Lubuk Viral

Kasih ibu membawa ke syurga kasih bapa sepanjang masa. Itulah ungkapan yang sesuai diberi melihat pengorbanan seorang bapa terhadap tiga orang anak angkatnya.

Menerusi perkongsian video berdurasi 49 saat, Reduan Duan di Facebook memaparkan, dia sanggup mendukung anak-anaknya bagi mengelakkan kasut mereka kotor di hari pertama persekolahan ak1bat daripada keadaan jalan yang kotor dan berlumpur.

“Hari pertama sekolah tiga orang anak angkat ulang alik dah setahun tingal sini masih menungu peruntukan jalan.

“Beginilah sudah jadi ayah berkorban supaya kasut-kasut anak-anak tidak belumpur semoga anak-anak rajin menuntut ilmu,” tulisnya di Facebook.

Video:

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Kampung Sungai Damit Tamparuli, Tuaran, Sabah. Rata-rata orang ramai memberi pelbagai reaksi berdasarkan pengorbanan lelaki itu.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Kosmo