Caprice Jumpa PDRM Hari Ini, “Harap2 kita dapat tangkap satu, dua” – Lubuk Viral

PETALING JAYA: Satu pertemuan dipercayai akan diadakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice hari ini.

Bagaimanapun, satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, pertemuan berkenaan tidak dapat dipastikan berkaitan dengan kes dan isu apa.

“Hari ini baru PDRM jumpa Caprice, tidak tahu kes mana dia rujuk,” katanya sumber itu ringkas.

Semalam, caprice telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya memaklumkan pihaknya telah memperolehi beberapa nombor telefon individu yang dipercayai telah melanggan masuk ke sebuah telegram dan meminta sebuah video ‘panas’ membabitkan kanak-kanak di bawah umur.

Dalam hantaran berkenaan, Caprice juga memaklumkan penyebaran dan penjualan video kanak-kanak di bawah umur adalah satu jen4yah.

“Ini adalah kesalahan jenay4h yang besar sekiranya kongsi atau jual video kanak-kanak di bawah umur. Cap akan serahkan semua akaun dan nombor kepada Bukit Aman hari ini.

“Insya-Allah kita harap pihak berkuasa akan tahan mereka yang terlibat,” jelas hantaran itu.

Harap2 kita dapat tangkap satu / dua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Korangg ade 6 jam untuk dlete semua yang sebar dan yang mintak jugak cap akan cari sampai dapat dan masuk dalam.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : trendingsgt