Abang Viva Umum Sesuatu Yang Buat Ramai G4dis Kecewa Dan Men4ngis – Lubuk Viral

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, membuat pendedah4n telah mempunyai calon isteri menerusi sesi Facebook dan Tiktok live yang dibuat malam tadi.

Azwan yang turut digelar ‘wira banjir’ negara itu mengakui perkara tersebut selepas dihujani soalan sama daripada pengikut wanita berkenaan bila dia akan menamatkan zaman bujang.

“Alamak bila nak kawen ek, InsyaAllah calon dah ada tapi belum dibuat betul-betul, diconfirmkan lagi. Calon dah ada tengah dalam proses ujian lagi,” katanya.

Dalam sesi bermula kira-kira pukul 8.50 malam itu, Azwan dilihat turut terkedu apabila salah seorang pengikut menembak soalan mengenai wanita bernama Emelda.

“Salam.. tak join Emelda ke malam ni gi makan,” tulis Aida Khalid.

Azwan bagaimanapun membalas secara bergurau “Aik.. Aida Khalid, jangan buat kant0i,” katanya.

Beberapa pengikut wanita kemudian dilihat meninggalkan komen berbaur kecewa dengan cuba mendapatkan kepastian sama ada jejaka kelahiran Melaka itu telahpun mempunyai kekasih hati atau sebaliknya.

“Betul ke abang viva dah ada awek?,” tulis salah seorang daripadanya.

“La kawen dah haha,” ujar Nurul Dini pula.

“Bang kasi alamat penuh bang. Nak gi jumpe mak abang ni,” tambah Ieda Stellaszils.

Dalam pada itu terdapat juga pengikut yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin.

“Wah! dah ada calon, tahniah semoga berkekalan hingga ke jannah. Makan nasi minyak jangan lupa jemput yer,” kata Mimi Fazilah Hamzah.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:K! ONLINE