[VIDEO] Rare! Pengantin terima hadiah seekor kambing buat ramai terhibur – Lubuk Viral

Apabila menghadiri majlis perkahwinan pastinya tetamu akan membawakan hadiah untuk diberikan kepada pengantin baharu yang diraikan.

Kebiasaannya hadiah seperti barangan dan peralatan rumah diberikan kepada sahabat atau saudara yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Namun lain pula bagi pasangan pengantin ini yang menerima hadiah luar biasa dari kebiasaannya. Hadiah yang diterima pasangan pengantin ini adalah seekor kambing.

Haiwan tersebut diterima mereka diberikan oleh seorang sahabat yang juga pemilik haiwan ternakan tersebut.

Wow, memang unik dan rare betul! Ternyata pasangan raja sehari itu kelihatan sangat gembira dan teruja.

Video:

@denhsx selamat pengantin baru sobat! #fy #pengantindapatkambin ♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Rakaman pasangan pengantin menerima hadiah unik itu dikongsikan menerusi akaun Tiktok @denhsx telah mencvri perhatian ramai. Perkongsian video berkenaan telah meraih lebih 600,000 tontonan dan ribuan komen.

Rata-rata warga maya meninggalkan reaksi terhibur dan ada yang mengatakan teman sejati sukar dicari.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: sinarplus