Balik Malaysia, Lana Nodin Buka Kedai Bakeri, Rita Rudaini Tanya- “Yang Tak V4ksin Macam Kami Boleh Masuk Ke?”

Dalam diam, pelakon Lana Nodin rupanya kini sudah kembali ke Malaysia dan mempunyai gudang bakeri terbesar yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Lana memberitahu dia teruja untuk melancarkan gudang jualan bakeri secara borong yang dikatakan terbesar di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“Dengan rendah diri , @lanabakeryland coming soon…very very soon pada bulan ini. So bakers bakers harap bersabar, kite akan launch wholesale bahan bakeri milik bumiputra pertama di malaysia yang terbesar area Kota Damansara…

“Bukan saja bahan bakeri malah kite ada ready make roti roti dan pastry untuk meraka yang nak rasa produk dari air tangan Lana , One Stop Center, ” Where Everyone Can Bake” Bismillah,” tulisnya.

Pelakon yang bernikah dengan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud McKinzie itu berkongsi berita gembira berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Entri berkenaan mendapat perhatian ramai pengikutnya yang rata-rata turut teruja dan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu.

Tidak ketinggalan rakan artis, Rita Rudaini yang dalam masa yang sama turut mengajukan soalan adakah golongan belum mengambil v4ksin C0v!d.19 sepertinya dibenarkan masuk.

“Yang tak v4ksin macam ‘kami’(saya) boleh ke masuk kedai hang (awak)? Ke hang nak sangkut signboard depan kedai ‘Hanya Yang Berdose Dose Sahaja Dialu-alukan?’” tanyanya.

Komen itu turut dibalas Lana yang memberitahu kedainya tidak mengamalkan diskriminasi terhadap golongan yang tidak mengambil vaksin malah mengalu-alukan semua kedatangan orang ramai.

“Ampa (awak) rezeki tak salah alamat….kun fa ya kun…anyway Cik Rita kedai kami tak amalkan diskriminasi, semua orang dialu-alukan…

“Vaksin ke tak, boost ke tak boost ke semua dijemput datang…rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari….

“Anyway kami memang masih sendu sebab tak banyak keluar TV,” katanya berseloroh.

Pada penghujung tahun lalu, Lana dan keluarga pulang ke AS iaitu negara asal suaminya, David McKienzie dan dilihat seolah-olah seperti mahu menetap di sana.

Lana dan Rita juga pernah menjadi bualan hangat netizen apabila lantang bersuara mengenai vaksin4si C0v!d.19 di Malaysia sehingga did4kwa sebagai anti-v4ksin.

Komen :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*