Pemuda 0KU tak sangka jodohnya wanita cukup sifat, ‘ajaibnya’ dah 4 tahun Iost contact tetap jumpa semula – Lubuk Viral

KEKURANGAN diri bukanlah halangan untuk mengecap kebahagiaan.

Begitulah juga dengan kisah pemuda berstatus Orang Kelainan Upaya (0KU) ini yang akhirnya bertemu jodoh dengan wanita pilihannya.

Majlis pernikahan pasangan ini menjadi perhatian ramai, di mana ia memaparkan pengantin lelaki yang mengalami kec4catan pada kedua kaki sedaya upaya menggunakan kudratnya untuk ke pelamin bagi upacara membatalkan air sembahyang.

Tind4kannya itu nyata mengundang seb4k netizen yang terharu dengan penyatuan kedua mempelai, lebih-lebih lagi pengantin perempuan merupakan wanita yang sempurna fizikalnya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Hafiz Harun berkata, dia sendiri sama sekali masih tidak percaya dirinya bertemu jodoh meskipun dalam keadaan serba kekurangan.’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menceritakan kembali detik perkenalannya dengan isteri, Wan Nurul Syazwani W. Mohd, 35, pemuda yang senang disapa sebagai Hafiz ini berkata mereka ‘bertemu’ menerusi aplikasi laman sosial.

“Kami kenal pada 2017. Pada mulanya sekadar bermesej sebagai rakan. Hendak dijadikan cerita, dalam masa yang sama, saya ada kursus keusahawanan dekat kawasan rumahnya di Dungun, Terengganu. Selepas selesai kursus, saya bertemu pertama kali dengannya dengan ditemani seorang rakan saya yang juga berkursus.

“Tapi kemudian pada 2018 kami l0st contact sebab telefon dia ros4k dan banyak nombor hilang,” cerita pemuda berusia 37 tahun ini.

oku 1

Pasangan ini selamat bernikah pada 13 Januari lalu.

Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana.

Empat tahun terputus hubungan tanpa khabar berita, Hafiz berkata pada Oktober 2021, dia menerima mesej di aplikasi Telegram daripada seseorang yang tidak dikenalinya.

“Dalam mesej tersebut si dia bertanya, awak kenal tak saya?. Saya memang tak cam nombor sebab dah empat tahun l0st contact. Tapi bila dia beri klu, katanya kami pernah bertemu sewaktu saya berkursus di Dungun, terus saya teringat.

oku 2

Sekitar majlis pernikahan Hafiz dan Wan Nurul Syazwani.

“Daripada situ persahabatan kami kembali terjalin. Tak lama selepas itu kami sepakat ambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya beritahu ibu mengenai hasrat nak bernikah, mak saya kata ‘moleklah’ sebab umur saya pun dah 37 tahun. Saya juga bertemu dengan bapanya terlebih dahulu. Orang tua saya kemudian pergi merisik, dan dua bulan kemudian kami langsungkan pernikahan iaitu pada 13 Januari lalu,” ujarnya yang mengusahakan perniagaan kedai runcit.

Hafiz mengalami kecacatan kaki sejak lahir dan situasi itu membuatkan pergerakannya sedikit terbatas, namun pemuda ini berkata dia lebih gemar menggunakan kudrat sendiri berbanding bergantung kepada kerusi roda.

Pernah juga saya tanya kenapa dia menerima saya sedangkan ada ramai lelaki sempurna di luar sana, jawabnya saya baik di matanya dan ikhlas.

MOHD HAFIZ HARUN

Dia yang merupakan anak keempat daripada tujuh adik beradik ini berkata, ibu bapa dan keluarganya tersangat gembira apabila dia menyatakan hasrat untuk mengakhiri zaman bujang.

“Semua adik beradik saya dah berumah tangga, sayalah yang last sekali kahwin. Alhamdulillah, nampaknya tahun ini saya bakal sambut Ramadan dan Syawal bersama isteri.

“Saya sendiri tak sangka jodoh sampai. Benarlah jodoh itu rahsia Tuhan. Pernah juga saya tanya kenapa dia menerima saya sedangkan ada ramai lelaki sempurna di luar sana, jawabnya saya baik di matanya dan ikhlas. Katanya, lelaki yang dikenalinya sebelum ini hanya permainkan perasaannya.

“Isteri saya hanya seorang wanita biasa tetapi baik hati. Yang membuatkan saya terpikat, dia boleh terima saya seadanya,” ujarnya yang berasal dari Kuala Nerus, Terengganu.

oku 3

Hafiz terpikat kepada Wan Nurul Syazwani kerana keikhlasan wanita berkenaan menerima dirinya.

Tidak menyangka video yang dimuat naik oleh adiknya di aplikasi TikTok meraih lebih 337,000 jumlah tontonan, Hafiz berkata dia terharu apabila membaca komen-komen positif netizen.

“Komen baik-baik itu umpama doa bagi saya. Saya tersentuh apabila membaca komen yang berkongsi pengalaman sama iaitu ada wanita berkahwin dengan lelaki 0KU juga.

“Bagi mereka yang juga sama seperti saya, jangan rendah diri dan jangan jadikan kekurangan diri sebagai penghalang kebahagiaan. Banyakkan bersabar, InsyaAllah jodoh pasti datang,” katanya lagi.

Komen : 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : MStar