Gadis Pusing ‘Roundabout’ Banyak Kali, Tak Tahu Nak Makan Mana Punya Pasal – Lubuk Viral

Salah satu soalan yang paling susah untuk dijawab bukanlah tentang pertanyaan soalan matematik tetapi soalan mencari tempat untuk makan. Sama macam situasi yang dialami gadis ini apabila dia dan rakan-rakannya buntu memikirkan tempat untuk keluar makan.

Lebih mengharukan, gadis itu siap membalas dendam pada rakan-rakannya dengan berkali-kali pusing di roundabout yang dilaluinya ini. Malah rata-rata netizen juga turut sama berdekah dan memahami perasaan yang dirasai gadis itu.

@tikah_sam Bila member addicted dengan roundabout? #fyp #fypシ゚viral ♬ original sound – Nasi_bajet

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu dilihat sedang memandu di roundabout tersebut semasa dirakamkan. Dalam masa yang sama, kedengaran rakan-rakan yang lain ketawa melihatkan gelagat gadis itu yang tidak henti-henti berpusing di bulatan yang sama.

Lebih melucukan, dia terus menerus berpusing di roundabout tersebut gara-gara tidak tahu arah mana yang patut ditujunya. Semuanya disebabkan gelagat rakannya yang tidak membantu memberikan cadangan tempat untuk mereka keluar makan.

kereta

Menurutnya lagi, rakan-rakan yang lain turut malas mahu membuka Waze dan mencari tempat untuk mereka menjamu selera. Melihatkan reaksi gadis ini, rakan-rakannya juga turut berdekah sebelum akhirnya gadis itu memandu keluar daripada bulatan tersebut.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat gelagat selambanya ini. Malah ada yang berseloroh pastinya mereka yang berada di roundabout itu juga turut pening melihat kelakuan mereka ini.

“Dah berapa kali kak tawaf?”

gadis

“Baru lepas ambik lesen ni.”

roundabout

“Siak lah tak tahu nak makan mana pusing je roundabout.”

komen

“Penat lah gelak…”

tik tok

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL