Pencarum KWSP dibenarkan keluar simpanan cecah RM10,000… PM minta rakyat fikir masak-masak! – Lubuk Viral

KERAJAAN bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

“Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

“Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP,” ujarnya menerusi siaran langsung.

Tambah Ismail Sabri, keputusan tersebut bukanlah mudah untuk dilaksanakan dan beliau berharap pencarum dapat membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat pengeluaran.

“Ini keputusan sukar kerana melibatkan hari tua rakyat. Ia jalan tengah untuk imbangi keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa depan.

“Saya harap pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat pengeluaran demi masa depan,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik C0v!d.19 melanda negara dua tahun lalu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : mStar