Gelagat Lelaki Pertama Kali Guna Chopstick, “Menangis Orang Korea Tengok…” – Lubuk Viral

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengaruh budaya Korea banyak mempengaruhi kehidupan seharian rakyat Malaysia. Antaranya seperti penggunaan chopstick ketika menikmati makanan Korea yang semakin mendapat sambutan di sini.

Sama macam gelagat seorang lelaki ini yang baru pertama kali cuba menggunakan chopstick tetapi lain pula yang berlaku akhirnya. Semuanya gara-gara cubaannya yang menggunakannya dengan salah dan gaya yang di luar kotak.

@sirsyahmi92 #fyp ♬ Laughing – Gianluca Marino

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang sedang menikmati ramen yang merupakan salah satu makanan terkenal dari Korea ini. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian rakannya apabila lelaki itu menggunakan chopstick tersebut dengan gaya yang unik.

Lebih melucukan, dia tidak meleraikan dua batang chopstick yang tercantum itu sebelum digunakan. Biasanya untuk chopstick kayu seperti itu, anda perlu memisahkan kedua-duanya dahulu barulah ia boleh digunakan seperti biasa.

korea

Namun apa yang dilakukan lelaki itu ialah dia langsung tidak meleraikan kedua-dua bahagian itu sebaliknya menggunakannya begitu sahaja. Gelagatnya ini turut mengundang ketawa rakan-rakan yang lain di mana mereka kemudiannya mengajarnya cara yang betul.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat spontannya ini. Malah ada yang berseloroh pastinya orang Korea juga turut menangis melihat cubaannya menggunakan chopstick itu.

“Melawan hukum chopstick.”

lelaki

“Menangis orang Korea tengok sir guna chopstick.”

chopstick

“Jangan biarkan sejarah chopstick ni berulang sir, boleh malu 7 keturunan.”

komen

“Aku je ke tak reti makan pakai benda tu.”

tik tok

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL