KWSP Akhirnya Umum Apa Syarat2 Untuk Keluarkan 10K Dan Tarikh Pembayaran, Tapi Ramai Tidak Berpu4s Hati – Lubuk Viral

Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

Dalam sidang media khasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, sebentar tadi.

Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Beliau menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COV!D.19 mel4nda negara dua tahun lalu.

Katanya, walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah usia 55 tahun bermula 1 April ini.

Menurut kenyataan KWSP, permohonan akan berakhir pada 30 April manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April.

“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” jelasnya

May be an image of 1 person and text that says "PENGELUARAN KHAS Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun Permohonan bermula 1April 30 April 2022 secara online Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 KWSP EPF KWSPMalaysia www.kwsp.go"

May be an image of one or more people and text that says "PENGELUARAN KHAS INFO PENTING Amaun pengeluaran minimum sebanyak RM50 sehingga RM10,000 Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses KWSP EPF form KWSPMalaysia www.kwsp.gov.my"

Komen Netizen yang rata2 tidak berpuas hati kerana melibatkan akaun 2,

Dia Nak Kacau Jgk Akaun 2 Tu. Adeh.. Baru Nak Naik Sikit Angka Dlm Akaun 2 Tu..Igt Boleh Guna Untuk Bayar Rumah Pulak Nanti, X Kesampaian Jgk La.

Bagi Lah Akaun 1…Akaun Dua Buat Bayar Belajar Lahhh…Bagi Lah Akaun Yg Banyak Nilai…

Sepatutnya Buat La Pilihan Sama Ada Pengeluaran Dari Akaun 1 Ataupun 2, Ramai Yang Tak Cukup Rasanya Kalau Akaun 2 Ni.

Ini Menguatkan Lagi Bukti Bahawa BKM Tidak Akan Di Bayar.. Kikikiki

Akaun 2 Jangan Kacau Laa .. Sebab Akaun Tu Boleh Buat Untuk Pengeluaran Lain ..

Xtao La..Tak Bg Bising ..Dh Bg Mcm² Pulak Songgehnya..Pilihan Ditangan Anda .Buat La Pilihan..Mao Ke Tak Mao…Jgn Itu Ini…Begitu Begini…

Nie Pulak Org Keja Swasta..Kerajaan Dh Bg..Brp K Dh Masuk Yg Kali Nie ..Nti Bila Tang Kerajaan Umum Utk Org² Kerajaan..Jgn Dok Bising Pulak…Lebihkan Org Keja Kerajaan Pulak…Mcm² La

Ini Baru Nama Dia Memudahkan Urusan Pencarum..Ini Mcm Lah Kita Nak..Thanks KWSP

Bagi La Pilihan Akaun 1..Akaun 2 Nak Bayar Duit Deposit Rumah.

Saya baru habis berbincang dengan KWSP. Mereka akan memastikan agar pengeluaran khas KWSP ini dipermudahkan.

Rata-rata netizen memberikan komen positif.

Alhamdulillah Terimakasih Banyak2 Yab Tengku…. Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Yab Tengku Sekeluarga Di Dunia Dan Juga Di Akhirat Aamiin Ya Rabbal Alamin

Alhamdulillah Rezeki Allah Swt..Terima Kasih Yab Tengku Zafrul Yg Budiman..Semoga Kita Semuanya Dipermudahkan Allah Swt Segala Urusan Dunia Dan Akhirat..Aaminn Yaa Rabbal Alaminn..

Terima Kasih Dato’ Sri Tengku Zafrul Permudahkan Urusan Rakyat Semoga Di Rahmati Allah Aamiin

Terbaik Pokku Kita,Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Dan Di Murahkan Rezeki Utk Keluarga Pokku Harap Sihat Selalu Pokku Mudahkan Utk Rakyat Insyaallah Allah Mudah Urusan Pokku Sekeluarga

Alhamdullilah.. Terima Kasih Tengku Zafru.. Semoga Dimurahkan Rezeki Dan Dipermudahkan Segala Urusan Sekeluarga.. 0-0 Ye Tengku Zahrul ( Harap Tanpa Syarat )

Alhamdulillah Syukur.. Buat La Jasa Utk Di Kenang Oleh Rakyat Kemudian Hari.. Inshaa Allah.. Semoga Dipermudahkan Segala Urusan

Berbahagia La Semua Yg Memerlukan Pengeluaran Kwsp…Alhamdulillah Syukur Ke Ats Allah Doa2 Kita Di Makbul Kn..Semoga Semua Di Permudah Kn..Aammin

Alhamdullilah Yg Paling Utama Syukur Pd Allah . Usaha Tlh Kita Laksanakan.. Tksh Atas Kerja Keras Semua Yg Terlibat Secara Langsung Atau Tak Utk Fight Isu Pengeluaran Epf One Off Nie Dan Selepas Ini Ingat Lah Sesiapa Pun Kita .. Kita Tak Semua Tiada Daya Tiada Upaya Melainkan Pertolongan Dr Allah Semata Mata

Alhamdulillah. Trima Kasih Tengku Dan Menteri2 Yang Selame Ini Menyuarakan One Off 10k . Akhirnya Lulus. Smoga Allah Balas Jasa Baik Anda Semua.

Sumber KWSP/Utusan

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :https://www.aud1r8.com