“Lagi Lasak Lagi Tinggi Hantaran Kahwin Kan…” – Ahirine Pernah Ret4k Tulang Dada, J4tuh Main Motor – Lubuk Viral

Bekas wartawan penyiaran HLive, Ahirine Ahirudin tidak akan berhenti daripada melakukan sukan lasak dan aktiviti permotoran.

Minat yang mendoronnya ke arah itu, tambah Ahirine biarpun banyak kali mengalami keceder4an kerana hobi terbabit, ia tidak pernah mematahkan semangatnya.

“Saya banyak kali melalukan aksi lagak ng3ri termasuklah filem lakonan saya sendiri seperti Remp-It 1, siri The Bridge dan Gol & Gincu sebelum ini.

“Soal ced3ra itu saya letak tepi sebabkan minat. Adalah banyak kali ceder4 tu, sekitar dua tahun lepas saya tercampak dari motor macam Superman ketika sedang buat aksi lagak ng3ri. Masa itu saya alami minor fracture pada tulang dada.

“Tapi itulah diri saya, orang yang tak pernah ser1k buat aktiviti lasak. Kadang-kadang takut tapi pada masa sama seronok!” ceritanya kepada Gempak.

Ditanya tak bimbang soal susutnya wang hantaran apabila gadis cantik sepertinya terlibat dengan sukan lasak hingga berdepan keceder4an, jawab Ahirine berseloroh; “Saya rasa kalau perempuan itu lagi lasak, lagi tinggilah wang hantaran mereka.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahirine, or E ?? (@ahirineahirudin)

Ahirine, 26, ditemui pada majlis pelancaran filem Gadis Jolobu The Movie di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam filem berkenaan, Ahirine diangkat sebagai heroin bergandingan bersama Datuk Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud.

Kini, Ahirine berkampung selama sebulan di Kampung Lonek, Negeri Sembilan demi tuntutan watak dan penggambaran filem berkenaan.

Gadis Jolobu The Movie dijangka ditayangkan pada Jun ini.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Gempak