“Moga Keluarga Ini Bersatu Kembali” Netlzen Kagum Slkap Profesional Shakilla Khoriri & Fizi Ali Sambut Hari Lahir Bertiga – Lubuk Viral

Pelakon Shakilla Khoriri dan penyampai radio Fizi Ali bersepakat menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuan mereka, Ameena Sofia yang ketiga pada Isnin. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shakilla, 32, mendedikasikan ucapan khas untuk anak tercinta. Kata pelakon drama Adam dan Hawa, dia gembira melihat senyuman yang terukir pada Ameena apabila mereka bersama meraikan hari bahagia itu.

Sama seperti ibu yang lain, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berdoa agar puteri tunggalnya itu menjadi anak solehah serta sentiasa berbuat baik dengan orang ramai. Lain sikit tahun ini tapi saya janji saya akan buat awak gembira bukan pada hari ini tapi setiap hari setiap saat sebab awak nyawa saya. Majlis hari lahir awak sepatutnya saya akan jemput semua kawan awak tapi cancel sebab Allah nak bagi kita sambut bertiga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Sebab tu Allah bagi kita saklt siklt. Tapi saya tahu awak gembira sebab memang awak nak tengok dua-dua (umi & daddy) kan.Semoga awak kuat dan semoga jadi manusia yang baik. Baik dari dalam dan luar. Jadi manusia yang ramai orang sayang. Ramai orang akan ikut kebaikan yang awak tunjukkan. Insya-Allah. Awak anak solehah dan anak yang akan buat umi dan daddy bangga nanti. Netlzen sebak tengok.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dengan sikap profesional Shakilla dan Fizi demi kebahagiaan anak. Ada juga yang terharu melihat keseronokkan Ameena selain mendoakan agar pasangan ini kembali berjodohan.

iera_holla: Gembiranya bila gambar kedua, tengok Fizi ada sekali. Moga jodoh korang berdua akan bercamtum balik. Doa sangat, nak macam dulu balik.

yaniyzkhalid: Alhamdulillah. Masuk habuk pula mata ni, jadi gembira tengok Ameena sebab Mimi dengan Daddy ada masa birthday dia. Betul la tu tak ada apa yang anak kecil tu nak selain mak dan ayah dia ada masa hari gembira dia.

n.eykaaa_: Happy birthday Ameena, semoga keluarga ini bersatu kembali amin.

akrimymaswa: Kenapa air mata saya keluar? Moga kembali bersama.

cikdirah: Happy family. Allah letakkan kekurangan dan kelebihan dalam diri masing-masing untuk saling melengkapi. Ya Allah. Kau lengkapkan lah kembali keluarga ini, agar anak kecil itu dapat kasih sayang yang berterusan dari ayah dan ibunya. Amin.

Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa seb4k kerana tidak dapat bersama-sama menyambut ulang tahun kelahiran kerana ditvduh menjadi punca Ameena terkena jangkltan vlrus merbhaya itu.

Sekadar info, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun hubungan terlerai selepas berceral pada 15 Disember tahun lalu. Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan Ameena Sofia.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Ohbulan