Gadis Turun Dari Kereta, Reaksi Pekerja Dekat ‘Drive Thru’ Pula Undang Ketawa – Lubuk Viral

Biasanya ramai yang lebih suka membuat pesanan secara drive thru sahaja kerana lebih mudah dan tidak perlu turun daripada kereta pun. Tetapi lain pula yang dilakukan gadis ini apabila dia siap turun daripada kereta semasa ingin membuat pesanan di lorong pandu lalu ini.

Namun apa yang menarik perhatian ialah reaksi daripada pekerja di situ yang berjaya membuatnya berdekah dan segera kembali ke kereta. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

@gurl.butterflyakak mcd sportrim???♬ original sound – nsyasyabilarasyiqah

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan gadis itu turun dari keretanya semasa mereka berada di lorong pandu lalu itu. Gelagatnya ini turut dirakamkan oleh rakan-rakan yang lain di mana mereka turut berdekah melihat cubaan gadis itu membuat pesanan.

Sebaik sahaja dia tiba di situ, kedengaran suara pekerja di situ yang menegur gadis itu yang keluar daripada keretanya. Malah dia turut bertanyakan mengapa gadis itu turun daripada keretanya itu sekaligus membuatkan dia kembali berlari masuk semula ke dalam kereta.

pekerja

Mungkin juga gadis itu menyangka pekerja di sana tidak dapat melihat apa yang berlaku di situ walaupun sebenarnya terdapat kamera CCTV yang merakam. Melihat gelagat spontannya ini, netizen turut berseloroh pastinya situasi ini turut membuatkan pemandu lain hairan melihatnya.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh memuji reaksi pekerja itu yang sempat lagi mengusik gadis itu dan melayan kerenahnya itu.

“Aduh perempuan bila berkumpul mesti macam ni…”

gadis

“Orang kat belakang mesti pelik…”

drive thru

“Member merah je muka.”

komen

“Ingat akak mcd tak tau ke. Dorang ada cctv hahaha.”

tik tok

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL