Berjaga macam burung h4ntu siapkan ‘assignment’, Wany Kayrie bangga dapat keputusan cemerlang lagi biarpun sibuk kerja

BELAJAR sambil bekerja bukan sesuatu yang mudah, namun penyanyi Wani Kayrie berjaya meneruskan kecemerlangannya dalam pelajaran bagi semester ini.

Wani, 21, yang kini pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Undang-Undang dan Perdagangan (Kepujian) di sebuah universiti swasta mengakui terpaksa berkorban masa tidurnya untuk menyiapkan tugasan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

“Simpan sini biar jadi kenangan bila dah graduate nanti. Sememangnya tidak mudah untuk belajar sambil bekerja.

Wani 2

Wani bersyukur dapat keputusan cemerlang.

“Lagi-lagi Wani full-time student di @msumalaysia dan kena seimbangkan belajar serta karier. Orang hanya nampak Wani post pasal kerja dan seronok jalan-jalan.

“Hakikatnya, inilah orang yang berjaga macam burung hantu sampai pagi, siapkan assignment dekat set, masuk kelas online dekat studio dan macam-macam lagi,” katanya.

Pemilik nama Syazwani Maisarah Abdullah ini turut berkongsi keputusan peperiksaannya yang cemerlang di semester lima di Instagram pada Ahad.

Sememangnya tidak mudah untuk belajar sambil bekerja.

WANI KAYRIE

PENYANYI & PELAKON

Menerusi perkongsian tersebut, Wani berjaya mendapat markah A dalam empat mata pelajaran, dua B dan hanya satu subjek mendapat C.

Biarpun mendapat markah C untuk subjek perakaunan namun penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang ini tetap bersyukur dengan keputusan tersebut.

Bagi Wani yang juga seorang pelakon ini, dia berbangga dengan dirinya yang bekerja keras menyiapkan segala tugasan biarpun jadual lakonannya padat.

Wani 1

Wani akui bukan mudah nak seimbangkan belajar dan karier.

“Alhamdulillah ya Allah atas keputusan ini. Walaupun finance dapat C (memang dari sekolah tak ada bakat ya kira-kira) sampailah sekarang, tapi saya bangga dengan diri sendiri untuk subject law core.

“Siang kerja, lepas itu sambung assignments sampai pagi, lepas itu esok bangun pagi shooting! The struggles. But, trust the process,” ujarnya.

Sebelum ini, Wani pernah berkongsi keputusan peperiksaannya di semester tiga dan empat dan menegaskan perkongsian itu bukan mahu menunjuk-nunjuk.

Komen : 

\

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar