H4mil, Syafiqah Aina Mvntah Kalau Hafiz Mahamad Nak Bermanja – “Lain Sangat Pembawakan Hero Dalam Perut Tu”

Pempengaruh dan usahawan popular Hafiz Mahamad mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Syafiqah Aina disahkan h4mil.

Tidak memaklumkan secara terperinci usia kandungan, kata Hafiz, isterinya itu melalui pengalaman alahan yang berbeza berbanding keh4milan pertamanya.

“Lain sangat pembawakan hero dalam perut tu. Sian mummy. Alhamdulilah hero yang kuat.

“Lately ni, Kalau saya nak manja atau duduk dengan Ainaa. Isteri saya akan muntah teruk, dia tak boleh tengok saya rapat dengan dia. Pening saya.

“Dari dulu, kalau isteri pregnant saya promise dekat dia, ‘saya takkan pernah skip untuk teman dia pergi checkup’,” kongsi Hafiz di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Bagaimanapun, Hafiz terpaksa akur biarpun berat hati meninggalkan Aina yang sedang berbadan dua untuk menguruskan perniagaannya dan berkemungkinan akan ke Indonesia pada Ramadan kelak.

“Insya-Allah, busy macam mana pun saya usaha untuk balik sekejap teman isteri check up. Saya tahu, bukan senang mummy nak lalui fasa pregnant ni.

“Insya-Allah, isteri abang kuat. Abang kerja dulu ya sayang 2-3 minggu ni. Raisya & Rayqal. Jaga mummy baik baik,” tambahnya.

Untuk rekod, Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017 dan hasil perkahwinan ketika ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Narisa, 4 tahun.

Komen Netizen :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*