Pengurus men4ngis datang upacara pemak4man Tangmo Nida… Netizen tak puas hati tengok foto ibu tersenyum!

KEHADIRAN pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik di majlis pemak4man dan memperingati kemati4n aktres itu mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna memuat naik beberapa keping foto memperlihatkan Kratik muncul di majlis berkenaan untuk memberikan penghormatan terakhir.

Kratik berada di Ger3ja Liberty Bangkok itu kira-kira 15 minit dan kemudiannya berlalu pergi tanpa mahu ditemu bual media.

“Dia datang bawa bunga, men4ngis di depan pentas selama 15 minit dan terus pulang. Dia enggan ditemu bual kerana mahu privasi.

“Ada ramai wartawan di sana, kalau tak nak ditemi bual dan mahu privasi, saya cadangkan awak duduk rumah sahaja,” tulis pengguna Twitter berkenaan.

kratik 1

Netizen kurang senang kehadiran Kratik atau Gatick di majlis berkenaan.

Dalam foto yang dikongsi itu, Kratik yang mengenakan baju berwarna putih dilihat sebak sambil mengusung jambangan bunga.

Dia diiringi beberapa individu menolak untuk ditemu bual oleh sekumpulan wartawan yang menunggu di luar gereja.

Selain Kratik, dua lagi suspek yang dikaitkan menjadi punca kematian Tangmo iaitu Robert dan Por turut menghadiri majlis berkenaan.

kratik 2

Kratik enggan ditemu bual media.

Bukan itu sahaja, sekeping foto memperlihatkan ibu Tangmo iaitu Panida tersenyum turut menerima kritik4n netizen.

Upacara pemakam4n itu hanya dihadiri oleh tetamu membabitkan keluarga dan teman rapat.

Manakala peminat boleh menyaksikan secara langsung menerusi laman YouTube.

tangmo 2

Foto Panida dengan wajah tersenyum turut dikec4m.

Ia diadakan selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Untuk rekod, may4t Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada 26 Februari lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lem4s.

May4tnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira satu kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kem4tian Tangmo akibat lem4s kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar