Baru Bercer4i Tapi Dah Mengorat Wanita Lain, Fizi Ali Dikec4m Cepat Move On – “Laju Bro Cari Pengganti..”- Lubuk Viral

Tindakan penyampai radio Fizi Ali yang dikatakan ‘mengayat’ seorang wanita menerima kec4man wargamaya memandangkan dia baru sahaja bercer4i Disember lalu.

Menerusi platfrom TikTok, Fizi dilihat meninggalkan komen di sebuah video seorang wanita yang dikenali sebagai Shahida.

Wanita tersebut membuat video dengan menyatakan harapan bapanya meminta dia dia bekerja, mencari duit sendiri dan jangan terburu-buru untuk berkahwin selepas tamat belajar.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 33, kemudian meninggal komen seperti kecewa wanita tersebut tidak mahu mencari teman lelaki kerana berjanji mahu bekerja terlebih dahulu.

Tidak hanya itu, wanita tersebut juga dilihat menjawab komen Fizi itu dengan sebuah video balas dengan memaparkan foto mereka bersama.

“Kalau dengan awak, mesti ayah saya setuju. Ayah saya kata okay,” tulisnya pada video tersebut.

Mendapat respon yang positif, Fizi kemudian kelihatan gembira dengan jawapan yang diberi wanita tersebut.

“Omg, ayah kata okay. Tuan badan macam mana?” tanya Fizi pada wanita tersebut.

@cyidashahida Reply to @fiziali ayah saya kata oke ? #fyp #foryou #ditaja #esekeli ♬ 1000tahun lamanya by tulus – finn emosi


Menjengah ke ruangan komen, ia dibanjiri dengan kecaman wargamaya yang rata-ratanya kecewa melihat tindakan Fizi seolah-olah seperti pantas mencari pengganti.

Namun, tidak kurang juga ada yang memberikan sokongan terhadap Fizi jika benar dia sedang mencari seorang bakal isteri.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 600,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sekadar info, Fizi berkahwin dengan Shakila Khoriri pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia, 2 tahun.

Disember tahun lalu, pasangan tersebut mengesahkan hubungan mereka telah berakhir.

Komen : 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak