“Saya Tak Berlakon”- Aaron Aziz Ulas Babak Menangis Teruk Dalam Drama Suamiku Lelaki Pendosa – Lubuk Viral

Pelakon berbakat, Datuk Aaron Aziz baru ini berkongsi klip video yang sangat menyentuh hati dan perasaan di media sosialnya. Dalam video yang dimuatnaik di Instagram nya itu, Aaron kelihatan penuh emosi selepas mendengar mesej suara milik arwah ibunya.

Menangis Penuh Emosi Ingat Arw4h Ibu

Menurut Aaron ketika berlakon sebagai watak Dean yang menangis kerana rindukan ibunya, aktor kacak ini mengatakan dirinya tidak berlakon ketika itu kerana dirinya sendiri sangat merinduikan arw4h ibunya.

Dan menerusi babak ini juga, Aaron berikan yang terbaik untuk melakonkan babak tersebut. Selain itu, pelakon serba boleh ini juga mengatakan mesej suara milik arw4h ibunya itu lah, yang menjadi pengubat rasa rindu tatkala mengenangkan arwah ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

“Babak saya yang rindu kan ibu nya dalam #suamikulelakipendosa saya tak berlakon. Kerana saya memang rindu kan arw4h ibu saya.

Ya tinggal hanya mesej suara arwah ibu saya untuk lepaskan rindu. Ini lah watak yang boleh saya katakan ‘Saya berikan darah, peluh dan air mata saya’ untuk jadi #DeanIlyas
IKLAN

‘Miss you so much mummy’. Allahumaghfirlaha Warhamha Wa’fini wa’fuanha @dramasangat @globalstationsb” tulisnya

Peminat Merasai Kesedih4an Dalam Babak Lakonan

Melihat perubahan emosi Aaron selepas mendengar video mesej milik arw4h pelakon tersebut, ramai peminatnya memberi komen turut merasai kesedih4n kehilangan seorang ibu dan merasai babak yang dilakonkan Aaron penuh emosi menerusi video tersebut.

“Sampai rasa tu”

“Aloo babak ni nanti mesti lagi sedih.. Saya merasai anda.. Hanya orang yang kehilangan ibu memahami peritnya rindu itu”

“Al fatihah semoga ditempatkan dikalangan orang beriman…”

“Rasa tu sampai… Sangat-sangat rasa.. Saya juga rindukan arw4h mak yang dah 7 bulan tinggalkan kami”

“Saya tengok lakonan itu dan dalam hati saya berkata itu bukan lakonan lagi, memang betul sebab nampak betul kesedihannya” komen peminat

Sekadar info, drama bersiri sebanyak 28 episod ini mula bersiaran bagi slot Samarinda di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam.

Drama penuh k0nflik dan emosi ini menampilkan gandingan hebat Datuk Aaron Aziz, Sophia AlBarakbah, Gambit Saifullah dan ramai lagi barisan pelakon handalan yang lain.

Komen : 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Murai.my