Baru Nak Tanya Pasal Video TikTok Vida, Sekali Anuar Zain Terus Potong Buat Wartawan Ni Termenung – Lubuk Viral

Usianya bakal menginjak 52 tahun pada Februari depan, penyanyi Anuar Zain mengakui dia masih memikirkan soal jodoh.

Tidak menafikan fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai, Anuar berkata jika sudah sampai masa dan ditakdirkan Allah untuk jatuh cinta, dia terima dengan hati terbuka.

“Percaya atau tidak, saya masih lagi memikirkan soal jodoh. Saya percaya institusi perkahwinan kerana itu adalah sunnah dan seelok-eloknya buat kita.

“Jodoh itu rahsia Allah, kita tidak akan tahu bila. Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu berdoa. Jika ada rezeki yang diberi Allah, saya kahwin,” katanya.

Meskipun banyak kes percerai4n dilaporkan di media sosial, namun Anuar berkata perkara itu tidak pernah menakutkan dirinya untuk bergelar suami.

“Walaupun banyak kes keruntvhan rumah tangga kita boleh baca dalam media sosial hari ini, namun pada masa sama, ramai pasangan di sekeliling saya mampu mempertahankan perkahwinan hingga akhir hay4t.

“Saya lebih suka melihat dari aspek positif seperti bagaimana pasangan menjaga kerukunan rumah tangga dan kekal bahagia. Momen itu pada saya sangat manis,” katanya.

Anuar turut mended4hkan, dia pernah dilamar peminat, malah ibu bapanya pernah berhasrat untuk menjodohkan dengan anak kawan mereka.

“Memang ada peminat yang melamar saya. Tetapi saya anggap itu gurauan dan tidak ambil serius. Malah, kedua orang tua saya pernah berhasrat menjodohkan saya dengan anak-anak kawan mereka.

“Ketika perancangan itu dibuat, saya memang sibuk dengan kerja. Ketika itu, hendak pergi bercuti pun tidak sempat, apatah lagi mahu fikir soal berumah tangga.

“Dalam nada bergurau, saya katakan kepada abah, kalau betul dia berkenan dengan gadis yang ingin dijadikan calon menantu itu, biar dia sahajalah yang berkahwin,” katanya.

Dalam pada itu, Anuar berkata bukan rupa dan ciri fizikalyang menjadi keutamaannya dalam mencari calon isteri tetapi karakter seseorang itu paling penting.

“Bagi saya karakter dan personaliti adalah paling penting. Kena sentiasa positif. Saya suka berborak pasal isu semasa dan hal berkaitan sejarah.

“Saya mahu berjumpa seseorang yang boleh bersembang apa sahaja… Itu sangat penting. Rupa pada saya jatuh tempat kedua atau ketiga. Personaliti kena selari dengan saya kerana tak dinafikan, saya ini sangat rumit dan sens1tif orangnya,” katanya.

Sementara itu, Anuar berkata dia percaya dengan qada dan qadar serta reda jika ditakdirkan terus hidup solo buat selamanya.

“Saya terima apa sahaja takdir Allah dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, saya akan terima. Tapi jika tiada jodoh di dunia, mungkin jodoh saya di alam sana,” katanya.

Sekadar menambah, dalam hidup ini mudah sahaja, kalau rasa perkataan dan kata-kata yang dikeluarkan itu tidak penting dan bakal mengguris hati orang, usah dan janganlah berbuat demikian.

Anuar Zain bila Melodi tanya pasal Video TikTok Vida..

“I Don’t wanna talk about it. NO.. I don’t want talk. Tak yah. Don’t Ask That One. Tak apa. It’s Okey.”

Terkejut Vida muncul jadi Presiden Netizen dalam Big Stage, siap rayu mohon maaf… Warganet tak setuju sebab banyak kontr0versi!

Dalam perkembangan lain KEMUNCULAN usahawan penuh kontr0versi, Datuk Seri Vida ke pentas konsert pembukaan Big Stage musim keempat mengejutkan ramai pihak.

Menduduki kerusi Presiden Netizen yang akan mewakili pendapat peminat, Vida atau Hasmiza Othman, 50, memulakan tugasnya dengan permohonan maaf secara terbuka.

“Saya nak mula buku baru, perjalanan baru di Big Stage ini. Untuk memulakan sesuatu yang baik saya nak mohon maaf, saya perlukan kemaafan semua untuk saya bermula

“Dengan rendah hati saya memohon maaf andai ada perkara yang mengguris hati rakyat Malaysia, terkasar bahasa, tersilap kata… maafkan saya,” katanya.

Vida berkata demikian menerusi rakaman video yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad malam.

Tambah Vida, dia berharap kehadirannya dapat diterima baik penonton program nyanyian yang menampilkan bakat-bakat baharu atau digelar budak-budak baru nak up (BBNU) ini.

“Saya harapkan dengan kehadiran saya dalam Big Stage ini, boleh memberi inspirasi kepada peserta dan penonton.

Dengan rendah hati saya memohon maaf andai ada perkara yang mengguris hati rakyat Malaysia, terkasar bahasa, tersilap kata.

“Terimalah saya seadanya, yang burvk daripada kekhilafan saya, yang baik daripada Allah,” katanya.

Dalam pada itu tinjauan di Twitter mendapati rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kemunculan Vida di pentas Big Stage.

Kata mereka, pihak produksi tidak seharusnya menampilkan Vida yang sering dihimpit kontroversi di media sosial sebagai Presiden Netizen yang mewakili suara warganet.

“Kenapa Big Stage 2022 bawa Vida? Dia sepatutnya diam untuk tempoh yang ketara… murahannya.

“Selepas semua kontrov3rsi, dia langsung tidak mewakili netizen. Merepek la minggu pertama ni.

“DSV jadi presiden netizen? Produksi boleh melakukan yang lebih baik. Takkan nak ride on stupid issue macam ni?” demikian antara komen netizen di Twitter.

Baru-baru ini Vida mengundang kemarahan ramai apabila dia dikatakan mend4kwa penyanyi Anuar Zain bern4fsu songs4ng.

Isu ini kecoh selepas tular sepotong klip video di TikTok yang mengulang siar rakaman IG Live Vida yang membalas pertanyaan peminat agar mengurat penyanyi lagu Lelaki Ini berkenaan.

Secara berbisik, Vida seakan-akan membalas pertanyaan itu dengan menyebut perkataan tidak sepatutnya yang kedengaran seperti ‘gay’ sehingga mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Susulan teruk dikecam, Vida akhirnya tampil memohon maaf kepada Anuar dan keluarganya berhubung kenyataannya itu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/