Isteri Syukur Aliff Syukri Dah Berubah . Ini Pesanan Yang Datin Shahida Selalu Beri Pada Suaminya – Lubuk Viral

NIAT Datuk Seri Aliff Syukri mahu mengurangkan kontr0versi dan menjauhkan diri daripada gimik murahan di media sosial mendapat sokongan isteri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Bersyukur Aliff mula menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik, Shahida, 36, mengakui suaminya kini lebih mendengar nasihat dan terbuka menerima pandangan orang lain.

“Sejujurnya saya suka sebab nampak banyak perubahan pada dirinya… dia lebih cool, dengar cakap dan ikut nasihat saya. Kalau dahulu nasihat juga tapi dia tak nak dengar.

“Contohnya kita cakap jangan buat lagu tapi dia buat juga. Sekarang ini kalau ada orang suruh komen sesuatu isu di media sosial, saya cakap jangan campur hal orang, dia akan okay.

“Apa yang saya nampak kebelakangan ini dia lebih mendengar cakap dan menerima pendapat kita,” katanya kepada mStar.

Shahida sokong keputusan suami mahu kurangkan kontr0versi.

Menerusi laporan mStar pada Ahad lalu, Aliff berazam untuk mengurangkan k0ntr0versi membabitkan dirinya memandangkan anak-anak kini sudah semakin meningkat remaja.

Kata Aliff, dia mula m4lu dengan anak-anak apabila dikaitkan dengan isu pangs, sekaligus menjejaskan reputasi sebagai seorang bapa.

Sementara itu, Shahida memberitahu salah satu nasihat yang diberi kepada suami adalah untuk tidak mengulas sebarang isu membabitkan orang lain di media sosial.

“Apabila ada isu membabitkan rakan-rakan atau orang lain, kita tak nak beri komen atau campur hal mereka kerana takut termakan diri.

Aliff dan Shahida bersama lima anak mereka.

“Hari ini hari mereka, mungkin esok hari kita. Benda ini berputar, jadi saya rasa cukuplah kita tahu urusan keluarga kita sahaja, sebab kita pun tak tahu hujung pangkal sesuatu isu, bimbang jadi fltnah.

“Hidup kita ni macam roda, ada masa di atas dan ada masa di bawah, takkan dah jatuh baru nak sedar, jadi lebih baik ambil langkah awal. Kami pun dah nak masuk umur 40 tahun,” ujarnya.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

sumber : Mstar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:  https://www.dnq.pw/