Azlee Khairi Ded4h Dia Telah Berkahwin Kali Kedua – “Saya Tak Boleh Kongsi Lanjut Sebab…” – Lubuk Viral

Pelakon Azlee Khairi mendeda4kan yang dia sebenarnya telah mendirikan rumah tangga buat kali yang kedua setahun lalu dengan kru penerbangan bernama Nurul Hidayah.

“Benar, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ia juga merupakan perkahwinan kedua buat isteri saya. Namun, saya tidak boleh berkongsi lanjut mengenai isteri kerana dia mahu menjaga privasi.

“Alhamdulillah, selepas mendirikan rumah tangga, kami dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lima bulan.

“Majlis pernikahan kami juga dilakukan secara sederhana di dalam talian,” katanya.

Terdahulu, video sambutan hari lahirnya yang ke-33 menimbulkan tanda tanya netizen apabila ia memaparkan kelibat seorang wanita yang cukup mesra dengannya. Selain itu, kelihatan juga tiga orang kanak-kanak dalam video berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by azleekhairiofficial (@azleekhairiofficial)

Melanjutkan bicara, Azlee turut menjelaskan yang dua kanak-kanak yang kelihatan pada video berkenaan merupakan anak isterinya.

“Mungkin ini waktu yang sesuai untuk saya kongsikan hal sebenar. Tambahan pula saya tak suka nak gembar-gemburkan hal peribadi.

“Tapi ada yang salah faham dengan mengandaikan kanak-kanak itu anak saya. Tidak, mereka anak tiri saya,” katanya lagi.

Pemilik nama lengkap Azlee Khairi Zulah Hainee itu menjelaskan yang dia sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada bulan Mac tahun lalu.

Begitupun, disebabkan kes semasa C0V!D.19, perancangan untuk mengadakan majlis berkenaan terpaksa ditangguhkan.

“Majlis yang tertunda itu bakal diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota,” kongsinya.

Sebelum menutup perbualan, Azlee sempat mengungkapkan mengenai kisah perkahwinannya yang sungguh misteri.

“Bagi saya, cukuplah jika ahli keluarga yang maklum. Selepas itu, kita ikut rentak sahaja. Seperti orang lain yang mahukan kebahagiaan, saya pun mahukan hal yang serupa. Cuma kadang-kadang, apa yang kita mahu tidak diakhiri dengan penamat yang manis.

“Walau apa pun, saya berharap agar perkahwinan kali ini bakal dirahmati Allah dan akan kekal sampai bila-bila,” tutupnya.

Sebelum ini, Azlee pernah berkahwin dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014. Ketika itu dia memilih menetap di sana dan tidak lagi aktif berlakon.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:Gempak